Kismis ialah sejenis buah kering yang dihasilkan daripada anggur dan kaya dengan pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk kesihatan.
Artikel Berkaitan: Rupa-Rupanya Lelaki Pun Boleh Kena Kanser Payudara, Ini Tanda-Tanda Yang Sering Diabaikan
Artikel Berkaitan: Khasiat Telur & Had Pengambilan Yang Disarankan
Tingkatkan daya pemikiran

Buah kering ini mengandungi pelbagai nutrien penting termasuk karbohidrat, protein dan lemak, selain vitamin B kompleks (B1, B2, B3, B5, B6 dan B9), kolin, vitamin C, vitamin E serta vitamin K. Ia juga kaya dengan mineral seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium dan sodium.
Kombinasi nutrisi ini menjadikan kismis sebagai snek semula jadi yang bukan sahaja enak, tetapi dapat membantu menyokong fungsi otak dan kesihatan kognitif.
Salah satu manfaat kismis ialah keupayaannya membantu meningkatkan daya pemikiran, apabila kandungan gula semula jadinya bertindak sebagai sumber tenaga kepada otak, sekali gus menyokong daya ingatan dan memastikan fungsi kognitif beroperasi dengan lebih optimum.
Kismis juga memberi manfaat kepada kesihatan jantung kerana kandungan kaliumnya yang tinggi serta paras sodium yang rendah. Ianya membantu menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan risiko hipertensi.
Selain itu, pengambilan kismis secara konsisten dapat menyokong keseimbangan mineral tubuh dan menyumbang kepada sistem kardiovaskular yang lebih sihat.
Kismis juga kaya dengan antioksidan, di mana kandungan fenolnya melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas dan menyokong kesihatan kulit dengan melambatkan penuaan.
Sistem pencernaan turut mendapat manfaat daripada kismis kerana kandungan seratnya yang tinggi. Ini kerana, secawan kismis mengandungi hampir 10 gram serat yang melancarkan pembuangan air besar, mengurangkan risiko sembelit, menyingkirkan toksin dan memastikan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif dan sihat.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago mendapati bahawa kismis turut menyokong kesihatan mulut dan gigi kerana antioksidannya mampu melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Kandungan asid oleanolik di dalamnya dipercayai efektif membunuh bakteria, menjadikan gigi lebih sihat dan kuat, tanpa risiko kaviti walaupun rasanya manis.
Sumber: Hello Doktor
The post Khasiat Kismis Untuk Otak, Jantung & Tenaga Harian first appeared on OHBULAN!.





