26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Tinggal Isteri Kedua & Bayi 4 Bulan Di Masjid Ketika Balik Beraya – ‘Keluarga Di Kampung Tak Terima Dia’

    Shopee Sale



    Kisah menyayat hati seorang wanita yang ditinggalkan suami ketika dalam perjalanan pulang beraya ke kampung halaman tular di media sosial dan mengundang simpati ramai.

    ‘Keluarga mentua tak terima’

    Wanita yang dikenali sebagai Dede Ruyanti, bersama bayinya yang berusia empat bulan dan suami, Ade menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke kampung halaman di Ciamis, Indonesia (kampung suami).

    Namun siapa sangka, niat untuk menyambut Aidilfitri bersama bertukar menjadi detik memilukan apabila Dede ditinggalkan secara sengaja oleh suaminya selepas mereka berhenti berehat di sebuah masjid.

    Pada awalnya, Dede menyangka suaminya terlupa lalu meninggalkan mereka, namun hakikatnya tindakan itu dilakukan dengan sengaja dan sudah dirancang.

    Lebih memilukan, apabila pihak berkuasa menemui Dede dan menghantarnya ke rumah keluarga suaminya, mereka enggan menerima kehadiran dua beranak itu. Namun akhirnya bersetuju selepas campur tangan pihak berkuasa, tetapi dengan syarat Dede perlu tinggal di rumah berasingan.

    Keluarga mentua juga tak nak terima Dede.

    Ternyata, Dede isteri kedua. Isteri pertama Ade masih ada dan mereka ada empat orang anak.

    Difahamkan, hubungan rumah tangga Dede dan Ade juga dikatakan sudah lama bermasalah dan sebelum kejadian itu berlaku, mereka sempat bertengkar.

    MENARIK:  Shila Amzah Mengungkapkan Bahawa Dia Tidak Dapat Tidur Nyenyak Akibat Serangan 'Kecemasan'

    Kisah ini mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya simpati terhadap nasib Dede dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab si suami yang sanggup meninggalkan isteri dan anak kecil demi kepentingan diri sendiri.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah