26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mawi Sahkan Konsert ‘Journey Of Mawi World’ Tetap Berlangsung Walau Bertembung GV13

    Shopee Sale

    Penyanyi, Mawi mengesahkan konsert Journey of Mawi World tetap berlangsung seperti dijadualkan meskipun tarikhnya bertembung dengan konsert minggu pertama Gegar Vaganza 13 (GV13) pada 8 November depan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mawi Imbas Kembali Bapa Pengsan Ketika Dikerumun Peminat – ‘Mereka Kata, Buka Tingkap Aku Dah Undi Kau!’

    Konsert terus

    Menerusi hantaran di Instagram, Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 45, memaklumkan kedua-dua acara berkenaan akan diteruskan seperti dirancang.

    Walaupun saya sertai GV13 bermula 8 November ini, konsert saya tetap berjalan ya.

    Jangan risau ya pada semua yang dah beli tiket. Insya-Allah jumpa di konsert Journey of Mawi World.

    Pada Khamis, Mawi antara bintang yang diumumkan akan bersaing di GV13 selain Mila Jirin, Stacy, Shahir, Vince, Zahid, Faizal, Faizul dan Firman.

    MENARIK:  Sempena Ulang Tahun Ke-60, PKNS Adakan ‘Giveaway’ Hadiah Menarik Termasuk Sebuah Kereta Perodua Bezza!

    Pada hantaran sama, pelantun lagu Aduh Saleha itu turut mempromosikan konsert berkenaan selain mengajak orang ramai yang masih belum mendapatkan tiket supaya berbuat demikian.

    Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat yang sudah membeli tiket meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Mawi di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

    Konsert Journey of Mawi World turut menampilkan penyanyi Felix AF, Akhil Hayy, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk AC Mizal dan Daily Filsuf sebagai artis undangan.

    The post Mawi Sahkan Konsert ‘Journey Of Mawi World’ Tetap Berlangsung Walau Bertembung GV13 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah