26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Berhasrat Tukar Nama, Space Dollah Sambut Baik Nasihat Dr Kamilin – ‘Terima Kasih Tegur..Saya Kekalkan Nama Syed Abdullah’

    Shopee Sale

    Pendakwah Dr Kamilin Jamilin, berkongsi tentang keistimewaan nama Abdullah selepas pempengaruh, Space Dollah menyatakan hasrat untuk menukar nama sebenarnya.

    Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Suruh Aku Pakai Makeup Atau Cari Treatment Cover Muka, Annoying Gila’ – Space Dollah

    Artikel Berkaitan: Space Dollah Pertahan Bella Astillah – ‘Yang Penting Siapa Dia Hari Ini, Bukan Kisah Silamnya’

    Nasihat kepada Space Dollah

    Menerusi hantaran di TikTok, Kamilin menyifatkan Abdullah ialah nama yang sangat istimewa dan menjadi antara nama yang disukai oleh Allah SWT.

    Saya cuma nak kongsi, terpulang kepada Spacedollah dan tidaklah menjadi kesalahan.

    Betul apa yang dia cakap, nama tidaklah penting sangat tetapi nama Abdullah sangat istimewa sebab itu nama yang Allah paling suka.

    Nabi Muhammad SAW dalam riwayat Muslim, ‘Nama yang paling Allah cinta dan suka ialah Abdullah dan Abdul Rahman.’

    Dalam Al-Quran Allah sebut dua nama ini.

    Tambah Kamilin, nama Abdullah yang membawa maksud hamba Allah itu sudah meliputi makna pengabdian seorang manusia kepada pencipta, sekali gus mengingatkan kita bahawa segala keindahan alam semesta merupakan bukti kebesaranNya.

    Space Dollah minat pada angkasa, tak perlu letak ‘space’ pun, nama Abdullah ini sudah cukup mengingatkan kita pada alam semesta.

    Sebab Allah yang mencipta angkasa yang luas dan amazing macam yang Spacedollah ceritakan.

    Kita tengok angkasa kita ingat Allah. Kita kagum dengan angkasa, makin bertambah iman kita.

    Semakin tunduk kita sebagai seorang hamba, semakin besar keagungan Allah yang kita rasa.

    Kan bagus nama Abdullah, hamba Allah dan kita bangga sebab itu nama yang Allah paling suka.

    Terima teguran

    Menjengah ke ruangan komen, abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu dilihat memberikan respon terhadap perkongsian Kamilin.

    MENARIK:  Mas Idayu Tiada Niat Sentuh Isu Sensitif, Tak Tahu Janna Nick Buat Rawatan IVF – ‘Dia Masih Muda, Boleh Mengandung’

    Menurut Space Dollah, dia menerima dengan hati yang terbuka nasihat daripada pendakwah tersebut, malah memilih akan tetap mengekalkan nama asalnya.

    Betul Ustaz. Okay saya kekalkan nama Syed Abdullah dan hanya guna Space Dollah untuk digital dan perniagaan.

    Terima kasih sebab tegur dengan sangat baik hati.

    Terdahulu, menerusi sebuah podcast, personaliti media sosial itu memaklumkan bahawa dia telah memohon untuk menukar nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman kepada Space Dollah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Bagaimanapun, permohonan Space Dollah tidak mendapat kelulusan dari jabatan tersebut.

    Sumber: TikTok

    The post Pernah Berhasrat Tukar Nama, Space Dollah Sambut Baik Nasihat Dr Kamilin – ‘Terima Kasih Tegur..Saya Kekalkan Nama Syed Abdullah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah