26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali Sepanjang Perkahwinan – ‘Paling Latest Masa Separuh Akhir GV11’

    Shopee Sale



    Zehra Zambri

    Sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, suami kepada Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin mendakwa telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

    Mangsa dera

    Zehra Zambri

    Iqwan mendakwa, Zehra pernah memikulnya sebanyak empat kali sehingga mengakibatkan kecederaan.

    Malah, dia sudah membuat laporan polis berhubung keganasan yang berlaku dan mempunyai bukti untuk mendakwa isterinya.

    Hasrat dia nak jadikan saya duda terpaksa ditangguh, saya yakin dia juga tak sabar nak jadi janda. Tapi alasan yang diberikan tidak munasabah. Ada dua alasan yang saya nak sebut iaitu pertama, saya menyebabkan emosinya terganggu dan alami tekanan.

    Sebagai suami, salahkah ke saya tegur dia menari terkinja-kinja. Adakah disebabkan itu emosinya terganggu? Yang kedua, dia kata saya culas dalam tanggungjawab melindunginya dari segi mental dan fizikal.

    Nak cakap fasal fizikal, selama tiga tahun perkahwinan, saya dah empat kali kena pukul dengan Zehra. Ini bukan fantasi nakal atau seks ganas. Ini saya betul-betul dipukul. Saya ada loporan polis dan laporan kesihatan.

    Dia cakap fasal pengabaian fizikal tapi sebenarnya saya yang dipukul. Tapi kenapa pula saya yang dituduh buat pengabaian fizikal?

    Iqwan berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada Khamis bagi prosiding pertama kes perceraiannya.

    MENARIK:  Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Kahwin

    Kejadian ketika GV11

    Zehra Zambri

    Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Iqwan mendakwa kali terakhir dia dipukul ketika Zehra berada dalam minggu separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza 11.

    Paling latest masa separuh akhir GV11, saya kena pukul sebab ada peminat dia like gambar saya dan Zehra menuduh saya ada skandal dengan wanita itu.

    Saya ada buat laporan polis ketika itu tapi polis beri saya dua pilihan sama ada nak tahan dia atau selesaikan isu secara suami isteri.

    Jadi saya pilih secara baik sebab taknak ganggu persembahannya. Tapi apa saya lakukan adalah laporkan keadaan saya kepada talian Nur.

    Sebelum itu, saya pernah kena pukul sebulan sebelum GV tapi saya tetap menyokong dan bawa dia ke sana sini masa GV.

    Kali pertama kena pukul saya tak ingat tapi kali kedua, saya dipukul sebab nak lindungi anak saya iaitu pada 11 Januari 2024.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah