26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Kahwin

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahwan terkenal, Nur Fazura Sharifuddin telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pada Jumaat.

    Fazura fail cerai

    Memetik laporan Berita Harian, bagaimanapun sumber yang mengesahkan perkara itu tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.

    Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.

    Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan.

    Terdahulu, isu keretakan rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

    Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama-sama. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.

    MENARIK:  Alif Satar Impikan Kehidupan Tenang Di Rumah Kampung – ‘Bila Waktu Solat Dah Dekat, Drive Pergi Masjid’

    Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah