32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Atikah Suhaime Kesal Dengan Pemikiran Netizen, Isu Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim Dipersoal

    Shopee Sale

    Suami kepada pelakon Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh meluahkan rasa kesal apabila momen berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim dipersoalkan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Atikah Suhaime Jemput Anak-Anak Yatim Rai Hari Lahir Mulan – ‘Kamu Tak Lupa Pada Mereka Yang Kehilangan’

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Rancang Tak Tambah Zuriat, Dedah Fasa Sukar Selepas Bersalin – ‘Kawan Pernah Offer Ubat Kurus’

    Jemput anak yatim

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna Threads berpendapat tindakan menjemput anak-anak yatim pada majlis kekeluargaan secara tidak langsung boleh mengguris perasaan mereka.

    Tambahnya, golongan tersebut tidak berpeluang merasai momen tersebut bersama ibu bapa sekali gus merasakan tindakan itu seakan tidak menghormati perasaan anak yatim.

    Tak faham keperluan menyambut ulang tahun kelahiran dengan menjemput anak-anak yatim. Sambut dan nyanyi sambil ibu bapa pegang peluk anak depan mereka.

    Rasanya common sense itu perlu ada. Tak salah nak sambut dengan anak-anak yatim, tapi tergamak orang yang pamerkan kemesraan bersama anak depan anak-anak yatim.

    Santunilah mereka dengan sebaiknya. Hormat perasaan mereka.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Lokman Teh yang menyifatkan isu ini sebagai topik tak berguna untuk didebatkan di media sosial.

    MENARIK:  Kisah Zoey Rahman Dikecam Di Media Sosial Selepas Menolak Pergaulan Dengan Mass Factorz – 'Kami Hanya Berkenalan, Belum Pernah Bertemu Lagi'

    Tegasnya, media sosial sepatutnya menjadi platform penyebaran perkara positif namun segelintir pengguna menyalahgunakannya sehingga mempengaruhi pemikiran yang lain.

    Agak sedih melihat perkara ini menjadi topik. Kita sepatutnya memuat naik perkara yang positif dan memberi motivasi kepada orang ramai, tetapi kamu membuatkan orang ramai ragu-ragu.

    Sangat sedih melihat perkara ini, namun semoga Allah SWT memberkati kamu.

    Saya tak rasa ia merujuk kepada saya atau sesiapa di dunia ini, tetapi saya fikir ini topik yang bodoh untuk dibincangkan. Melihat begitu banyak komen yang menyokong perkara ini.

    Imbas kembali, pelakon Datin Atikah Suhaime dan suami menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya iaitu Lyla Mulan Teh yang berusia setahun baru-baru ini.

    Momen itu meraih perhatian netizen yang memuji tindakan pasangan ini kerana berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak yatim.

    Sumber: Threads @lokmantea

    The post Suami Atikah Suhaime Kesal Dengan Pemikiran Netizen, Isu Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim Dipersoal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah