32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Imbas Kembali Kesungguhan Que Haidar Bantu Rakyat Palestin – ‘Dia Live Setiap Malam Hingga Pagi Untuk Bantu Dana’

    Shopee Sale

    Seorang pengguna laman Threads mengimbas kembali kebaikan yang dilakukan oleh pelakon Que Haidar terhadap saudara Islam di Palestin.

    Artikel Berkaitan: ‘Tanya Dia Dulu’ – Peminat ‘Throwback’ Que Haidar Suruh Minta Izin Linda Jasmine Sebelum Bergambar

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Tiba-Tiba ‘Menghilang’, Fazura Harap Semuanya Okay – ‘Bukan Kami Yang Bergaduh’

    Bantu Palestin

    View on Threads

    Menerusi sebuah hantaran, individu tersebut mendedahkan Que dilihat sering melakukan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok bersama rakyat Palestin bagi memperoleh dana buat mereka.

    Dulu masa Palestin diserang, Que Haidar antara pelakon awal yang rajin live di TikTok setiap malam hingga ke pagi untuk bantu dana.

    Ramai pelajar kita di tanah Arab tolong terjemahkan percakapan Que dengan warga Palestin.

    Menurut individu tersebut, dia sangat kagum dengan keperibadian pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar itu yang dilihat sangat serius membantu rakyat di negara bergolak berkenaan.

    Dia ada prinsip untuk tidak live dengan mana-mana wanita masa itu.

    Live bersama cuma untuk pelajar-pelajar lelaki di tanah Arab dan warga Palestin.

    Semasa live memang terdengar suasana perang. Paling syahdu, ada imam masjid Palestin selalu doa.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi sikap pemurah pelakon filem Lagenda Budak Setan itu yang dikatakan tidak mengambil sebarang keuntungan daripada ‘gifts’ yang diberikan di TikTok.

    MENARIK:  ‘Setiap Umat Islam Wajib Tegur Saudara Seagama, Tapi Dalam Kedaan Lembut & Tidak Memalukan’ – Betty Rahmad

    Sumber: Threads

    The post Individu Imbas Kembali Kesungguhan Que Haidar Bantu Rakyat Palestin – ‘Dia Live Setiap Malam Hingga Pagi Untuk Bantu Dana’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah