Pelakon, Siti Saleha kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hantar DM Dekat Dia’ – Siti Saleha Cerita Detik Perkenalan Dengan Joshua Fitton
Artikel Berkaitan: Siti Saleha Bakal Kongsi Jantina Anak Sulung, Adat Jawa Menjadi Pilihan – ‘Sekarang Kita Rahsia Dulu’
Timang anak sulung

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Saleha menerusi satu hantaran di Instagram dengan memperkenalkan nama bayi lelakinya.
Bayi kami akhirnya selamat dilahirkan. Hello, nama saya Indra.
Begitu pun, Saleha tidak mendedahkan secara terperinci proses bersalin dan tarikh sebenar kelahiran puteranya.
Perkongsian berkenaan mencuri perhatian warganet apabila ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti.
Terdahulu, Saleha yang juga adik kepada vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam, mengumumkan kehamilannya pada Mei tahun lalu.
Dalam satu majlis ‘gender reveal’ sebelum ini, Saleha memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Untuk rekod, Siti Saleha mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Joshua Fitton yang juga pereka fesyen pada 15 Februari 2025.
Sumber: Instagram
The post Siti Saleha Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki- ‘Hello, Nama Saya Indra’ first appeared on OHBULAN!.





