34.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Malaysia perlu cipta teknologi sendiri, bukan sekadar jadi pengguna

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia untuk bergerak melampaui perananan sebagai pengguna teknologi, sebaliknya membangunkan keupayaan untuk mencipta, memiliki dan menguasainya ketika negara merangka fasa pembangunan seterusnya.

    Dia berkata Malaysia berada pada persimpangan kritikal, dengan keupayaan teknologi menjadi semakin penting dalam menangani pelbagai cabaran daripada keterjaminan makanan dan tenaga, kepada kesihatan awam, sumber air serta perubahan iklim.

    "Kita tidak boleh selamanya menjadi pengguna teknologi yang dicipta oleh orang lain.

    “Kita mesti menjadi sebuah negara yang mencipta, memiliki dan menguasai teknologi," katanya yang dipetik oleh Bernama semasa berucap sempena Peringkat Akhir NSC 2026 Piala Pusingan YAB Perdana Menteri di Institut Kesihatan Negara, di Shah Alam hari ini.

    Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

    Anwar berkata cabaran berkenaan bukannya sesuatu yang bersifat teori, sambil menambah bahawa ia memerlukan asas pengetahuan yang kukuh serta keyakinan untuk membuat keputusan berdasarkan bukti.

    Berlatarbelakangkan perkembangan ini, dia berkata pendidikan sains perlu melangkaui perbuatan menghafal formula atau mencapai keputusan peperiksaan yang baik.

    "Sains mesti membentuk cara kita berfikir, membantu kita bersikap kritikal terhadap fakta, menjadikan kita terbuka kepada idea, berani mencuba dan jujur apabila sesuatu percubaan itu tidak berjaya," katanya.

    Memperkasakan pendidikan Stem

    Anwar berkata Malaysia mesti memperkasakan ekosistem Stem (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) bagi membangunkan lebih ramai bakat muda yang mampu memacu pertumbuhan dan daya saing negara pada masa depan.

    Dia turut berkata Malaysia perlu mewujudkan lebih banyak peluang untuk golongan muda mengembangkan potensi mereka menerusi universiti, institusi penyelidikan, industri dan syarikat pemula.

    “Kita mahu idea yang lahir di sekolah hari ini berkembang menjadi penyelidikan, teknologi, inovasi dan perusahaan yang mampu menyelesaikan masalah sebenar rakyat serta mengangkat daya saing Malaysia di peringkat dunia.

    MENARIK:  1,000 warga Bangladesh di penjara: Selaraskan pengambilan pekerja - MP

    “Sebab itu, Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) tidak seharusnya berakhir apabila piala disampaikan.

    “Saya mahu bakat yang dikenal pasti melalui platform seperti ini terus dibangunkan dan diberikan laluan untuk pergi lebih jauh," katanya.

    Anwar turut menyeru Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Akademi Sains Malaysia, bersama-sama Kementerian Pendidikan dan rakan strategik, untuk menjadikan NSC sebagai laluan pembangunan bakat yang berterusan dan bukannya sekadar acara tahunan.

    Dia berkata usaha memperkasakan pendidikan Stem juga mesti menjadi tanggungjawab bersama yang melibatkan kerajaan, sekolah, universiti, industri dan komuniti bagi memastikan bakat muda bukan sahaja dikenal pasti, tetapi juga terus dibimbing dan diberikan ruang untuk berkembang.

    Minat terhadap Stem meningkat, tetapi…

    Anwar menyebut bahawa data Kementerian Pendidikan menunjukkan pendaftaran pelajar dalam Stem telah meningkat kepada 50.83 peratus pada 2024 berbanding 40.95 peratus pada 2021, walaupun penyertaan dalam sains tulen kekal sekitar 15.8 peratus.

    "Ini menunjukkan masih terdapat jurang antara minat terhadap Stem dengan kesediaan untuk mendalaminya," katanya.

    Justeru, Anwar berkata usaha negara mesti bergerak melampaui sekadar menggalakkan lebih ramai pelajar memilih Stem, kepada memastikan mereka kekal dalam bidang berkenaan, membangunkan keupayaan mereka dan mencapai kejayaan, dengan guru memainkan perananan penting dalam memupuk rasa ingin tahu serta membina keyakinan generasi muda.

    Dia turut menggesa supaya peserta yang berpotensi, terutamanya dari kawasan luar bandar, Sabah dan Sarawak, serta keluarga berpendapatan rendah, dihubungkan dengan mentor, makmal, biasiswa dan rangkaian inovasi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah