27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sistem Bilik Teknikal Telah Diubah Punca Gangguan Bunyi, Penganjur Konsert Ella Buat Laporan Polis

    Shopee Sale

    Penganjur konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang menampilkan Ratu Rock, Ella tampil membuat permohonan maaf susulan kecaman hebat penonton berhubung isu gangguan sistem bunyi di tingkat tiga Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: 55,000 Penonton Hadir Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Ella, RM100,000 Berjaya Dikumpul Untuk Kebajikan

    Ditukar mod ‘default’

    Menerusi satu kenyataan bersama melibatkan Hitman Solutions, Rockqueen dan Digital Aid Sdn. Bhd, pihak penganjur menjelaskan bahawa konsert tersebut sebenarnya berlangsung dengan baik, namun tercalar akibat masalah audio yang menjejaskan pengalaman sebahagian penonton.

    Konsert berjalan dengan baik, namun terdapat gangguan bunyi di tingkat tiga sehingga menjejaskan pengalaman penonton di bahagian tersebut.

    Selepas menerima aduan, pasukan teknikal bergegas ke bilik kawalan SRS dan mendapati tetapan sistem telah berubah kepada mod ‘default’, tidak seperti konfigurasi asal semasa raptai.

    Tambah penganjur, aduan yang diterima di media sosial mendorong mereka segera mengadakan mesyuarat teknikal bersama Perbadanan Stadium Malaysia, pengurusan artis serta pasukan teknikal bagi menyiasat punca sebenar insiden.

    Selepas menerima aduan, pasukan teknikal terus ke bilik kawalan SRS dan mendapati tetapan sistem audio telah berubah kepada mod ‘default’, tidak seperti konfigurasi asal yang digunakan semasa raptai.

    Menurut kenyataan sama, perubahan tetapan tersebut menyebabkan mutu audio merosot sebelum berjaya dipulihkan sepenuhnya sekitar jam 9.50 malam pada hari konsert berlangsung.

    MENARIK:  Fauziah Ahmad Daud Mentua Dari Neraka?

    Dalam masa sama, penganjur memaklumkan mereka memandang serius kejadian itu dan telah membuat laporan polis pada 16 Februari 2026 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

    Kami memandang serius kejadian ini dan laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

    Pihak penganjur turut menyatakan kesediaan untuk memberikan pampasan kepada penonton yang terjejas, khususnya pemegang tiket kategori Bronze.

    Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berbincang untuk memberikan imbuhan yang bersesuaian kepada pemegang tiket Bronze. Kepuasan penonton sentiasa menjadi keutamaan kami.

    Terdahulu, konsert tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial apabila ramai penonton meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti bunyi, walaupun persembahan Ella disifatkan cemerlang.

    Sumber: Threads

    The post Sistem Bilik Teknikal Telah Diubah Punca Gangguan Bunyi, Penganjur Konsert Ella Buat Laporan Polis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah