29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Lemang Sedap? Ini Cara Pilih Yang ‘Confirm’ Berbaloi!

    Shopee Sale

    Lemang merupakan antara juadah tradisional yang mesti disajikan setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Artikel Berkaitan: Tak Perlu Susah-Susah Cari Buluh, Ini Cara Masak Lemang Cara Moden & Cepat

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Tahu Nak Kasihan Ke Nak Gelak, Ini Lemang Ke Lesung Batu?

    Tips pilih lemang

    Menerusi perkongsian di Facebook, individu dikenali Harris Rosli yang juga peniaga berpengalaman selama 15 tahun berkata dia memilih untuk berkongsi tip kerana risau orang lain akan ‘terkena’ apabila membeli lemang di tepi jalan.

    Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

    1. Cari yang banyak kayu

    Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, mereka ini memang bakar lemang dekat situ, mereka tak ‘wayang’ je bakar lemang.

    Sesetengah orang, mereka kukus lemang tempat lain dan bawa ke gerai, layur je dekat bara api.

    2. Pilih yang sederhana

    Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna.

    Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak tapi bahagian tengah masih lagi dalam keadaan pulut.

    Kalau jenis kurus dan kecik, peluang untuk garing amat tinggi sebab total surface area yang kena haba sangat besar. Jadi, saya prefer kalian ambik yang sedang-sedang.

    3. Minta tauke belah lemang

    Suruh tauke lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak.

    Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk dekat pelanggan dan kata lemang masak.

    Balik-balik, masa potong, bahagian bawah tak masak lagi. Kasihan pelanggan.

    4. Diskaun

    Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun.

    Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kasihan mereka yang bakar lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih air mata.

    5. Kayu Pallet

    Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut.

    Kalau semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

    Jadi, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

    6. Lemang tahan lama

    Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat dua hari.

    Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

    Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak.

    7. Terbalikkan lemang

    Kalau nak simpan lemang untuk 2 ke 3 hari, ada caranya.

    Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar lah dekat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.

    8. Bau kepala lemang

    Sebelum kalian beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut.

    Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

    Sumber: Facebook

    MENARIK:  Demi Menjaga Kepentingan Semua Pihak, Ustaz Don Hentikan Kolaborasi Program Dakwah

    The post Nak Lemang Sedap? Ini Cara Pilih Yang ‘Confirm’ Berbaloi! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah