28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shyanie Mengaku Sulit Dapat Pekerjaan Sejak Berhijab, Hanya Mendapat Satu Atau Dua Tawaran Dalam Setahun

    Shopee Sale



    Mula memakai hijab pada tahun 2021, pelakon, Syanie Hisham mengaku dia semakin kurang mendapat tawaran berlakon.

    Satu atau dua tawaran setahun

    Memetik laporan BH Online, Syanie mendakwa hanya menerima satu atau dua tawaran lakonan setiap tahun, sejak mula bertudung. Bagaimanapun, dia percaya rezeki masih ada berikutan mengusahakan perniagaan bersama suami.

    Selepas bertudung, ada satu atau dua tawaran diterima dalam tempoh setahun. Misalnya, tahun lalu saya terima dua tawaran menjayakan drama bersiri.

    Saya tidak kesal dan tidak kesah sebab sudah berada dalam industri ini sejak 30 tahun lalu. Mungkin orang hendak tengok muka lain, jadi, saya berikan peluang kepada mereka.

    Memang peminat anggap pelakon lama dan baharu lain. Tetapi, saya cakap mereka kena faham permintaan stesen televisyen (TV) yang mahukan orang baharu, saya okay sahaja.

    Bercerita lebih lanjut, Syanie berkata, kali terakhir dia menjalani penggambaran pada bulan Ramadan, tahun lalu melalui drama bersiri Budak Flat yang sedang ditayangkan di platform penstriman.

    Alhamdulillah, watak yang saya bawa dalam siri itu berbeza dan ramai yang puji. Kalau penerbit bagi peluang, insya-Allah saya boleh buat. Janganlah stereotaip pelakon badan besar hanya boleh melakonkan watak komedi. Bagi saya peluang yang diberi Skop Productions sangat baik.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Sanggup Hilang Gaji Berpuluh Ribu, Janji Keluarga Selamat & Tak Perlu Hidup Dalam Ketakutan’ – Faisal Halim

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah