28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafeek Ikhwan Dakwa Ditipu Penyanyi, Diajak Buat ‘Showcase’ Tapi Lesap – ‘Dia Memang Kaki Kelentong’

    Shopee Sale



    Syafeek Ikhwan

    Penyanyi Syafeek Ikhwan mendakwa telah menjadi mangsa penipuan seorang individu yang mengaku dirinya juga penyanyi sehingga mengakibatkan kerugian sejumlah wang.

    Ditipu buat ‘showcase’

    Syafeek Ikhwan

    Syafeek mendakwa, dia menyedari telah ditipu apabila individu terbabit sering memberi alasan mengenai sebuah ‘showcase’ membabitkan dirinya selain tidak mahu memberi poster acara.

    Malah, dia mendakwa terdapat beberapa penyanyi lain yang menjadi mangsa penipuan.

    Dia kenalkan diri sebagai penyanyi dan ajak kami semua untuk buat showcase. Dia hubungi saya secara peribadi dan menyatakan hasrat tersebut.

    Saya rasa peluang seperti itu okay sahaja sebab satu pendedahan yang baik untuk kami. Saya tak terfikir langsung akan kena tipu macam ini.

    Mula rasa lain sejak permulaan lagi. Nak bagi poster untuk promosi pun berkali-kali minta, macam-macam alasan diberikan.

    Lepas itu dia ambil keputusan untuk tunda. Saya dan penyanyi lain minta dia pulangkan wang sementara menunggu tarikh baharu. Sejak dari itu juga, dia memberi pelbagai alasan.

    Rugi beratus ringgit

    Syafeek Ikhwan

    Disoal mengenai kerugian wang ditanggung, pelantun lagu ‘Penunggu’ ini memberitahu, dia hanya memberi ratusan ringgit sahaja.

    Beberapa ratus seorang. Tapi kalau dijumlahkan dengan kawan-kawan yang lain, jadi beribu juga la.

    Kami tak marah sebab wang. Kami marah sebab dia tak jujur. Kasihan pada kawan-kawan yang memang bergantung kerja sebagai penyanyi. Tambah nak dekat raya, kasihan mereka.

    Dia guna duit untuk tujuan peribadi, minta kembalikan wang konon diisytiharkan muflis. Rupanya dia memang kaki kelentong.

    Tambah Syafeek lagi, tujuan dia mendedahkan perkara tersebut sebagai pengajaran kepada penyanyi lain supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

    Saya berharap dengan pendedahan ini, mana-mana penyanyi tidak akan terkena perkara yang sama seperti yang kami lalui sekarang.

    MENARIK:  [VIDEO] Diasak Soalan Suami Kerja Apa, Netizen Dakwa Sikap Ina Naim Berubah Lepas Kahwin – ‘Allahuakbar, Dulu Baik Tutur Kata’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah