32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shuib Teruja YouTube Channel Hampir Cecah 1 Juta Pengikut, Netizen Berseloroh – ‘Saing-Saing Ronaldo Dah Ni’

    Shopee Sale



    Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib berasa teruja apabila akaun YouTube miliknya iaitu, ‘Shuib Channel’ hampir mencecah 1 juta pengikut.

    Lagi 881 cecah 1 juta pengikut

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik tangkap layar jumlah pengikut di akaun YouTubenya yang kini mencecah 991,999.

    Berdasarkan pengiraan, pelawak berusia 39 tahun itu hanya memerlukan kira-kira 881 orang sahaja lagi untuk mencecah angka tersebut untuk melayakkan dirinya mendapat Gold YouTube Play Button.

    Esok dah boleh 1 juta pengikut kot?

    Dalam pada itu, Shuib turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang memberikan sokongan hebat buat rancangan podcast kendaliannya bersama Shuk Sahar dan Fizie Roslan yang dipanggil ‘Dol’s Podcast’.

    Tambah Shuib, dia juga bercadang untuk memberikan ‘give away’ buat kesemua pengikut di akaun YouTubenya.

    Terima kasih beri sokongan kepada Dol’s Podcast dan Shuib Channel.

    Yang ‘subscribe’ sila hadir, nak buat ‘give away’ ke tak eh?

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shuib atas kejayaannya itu.

    MENARIK:  ‘Drama Panggil Aku Gus Tiada Kaitan Dengan Da’i Syed’ – Erma Fatima

    Malah, ada juga yang berseloroh Shuib boleh bersaing dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sekiranya berjaya mencapai 1 juta pengikut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah