Pelawak dan usahawan, Shuib bersimpati dengan perkara yang menimpa anak kepada penyanyi, Siti Saerah iaitu Ahmad Dayyan yang rebah beberapa minit sebelum melakukan persembahan dalam Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suara Thalita ‘Crack’, Shuib Rasa Serba Salah – ‘Maafkan Daddy Letak Awak Dalam Situasi Begini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘September Bulan Kesedihan Buat Suami’ – Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Shuib Sempena ‘Birthday’
Pengamal perubatan

Ketika ditemui , pemilik nama Shahmira Muhammad, 41, berkongsi ketika siaran langsung semalam dia dihubungi oleh bapa tiri Ahmad yang mesra disapa Amad.
Maklumnya, bapa tiri Amad bertanyakan tentang seorang pengamal perubatan Islam yang dikenali olehnya.
Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi saya ketika itu masih siaran langsung.
Dia tanya pasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik.
Saya terkejut dan bila beritahu Saerah dia terus cemas. Jadi bila Auddra habis buat persembahan saya terus ke belakang dan lihat keadaan Amad memang saya sedih dan bersimpati.
Shuib berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program TTMM yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Kata Shuib, perkara itu membuatkannya risau susulan Amad merupakan seorang penyanyi yang berpotensi besar.
Bila habis persembahan saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kasihan.
Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas.
Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja.
The post Shuib Simpati Dengan Keadaan Amad, Terima Panggilan Kecemasan Minta Nombor Ustaz first appeared on OHBULAN!.





