
Meskipun kemelut rumah tangga dengan isteri dipercayai masih belum selesai, pempengaruh dan usahawan, Jofliam sempat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
99 terbaik dunia

Di Instagram Story, Jofliam memuat naik momen di mana dia berjaya menduduki carta Top 100 chef pizza terbaik dunia. Bukan itu sahaja, Pizza Wagyu yang dibuat olehnya itu berjaya mendapat kedudukan yang ke-99 sekaligus mengangkat nama negara di mata dunia.

Menurut Jofliam, tugasnya di Milan akhirnya sudah selesai setelah meraih kejayaan tersebut.
Saya tahu isu panas hari ini akan buat pencapaian ini tak dihargai. Saya dah tak nak menjadi contoh yang tak baik pada sesiapa. Jika bukan hari ini, mungkin satu hari nanti akan ada yang menghargai kejayaan ini.
Maafkan saya semua. Jaga diri.
Terdahulu, Jofliam berkata, semua yang berlaku berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.
Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.





