26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Artis Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Peminat Titip Kata Semangat 

    Shopee Sale

    Seminggu lalu, kecoh berita mengenai seorang penyanyi dan pelakon yang terlibat dalam kes amang seksual membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut, Tak Sangka Dia Terlibat Kes Amang S*ksual’

    Peminat titip kata semangat

    Kontroversi tersebut menjadi semakin hangat apabila ramai netizen mula memetika nama seorang selebriti dan mengaitkannya dengan kes tersebut.

    Sedar nama selebriti mereka menjadi bualan, ahli kelab peminat artis tersebut kemudiannya tampil mempertahan serta memberikan kata-kata semangat.

    Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IGs), pelbagai mesej dan doa dititipkan supaya selebriti tersebut tabah menghadapi ujian yang dihadapi.

    ‘Kami tahu awak kuat, kami sentiasa berada di belakang.’

    ‘Jiwa seindah dia tak akan pernah padam cahayanya. Satu kesilapan tak mampu hapus kebaikan yang dia pernah buat.’

    ‘Jika belum pasti, usah sebarkan. Jika belum sahih, jangan kongsi. Lebih baik berhenti daripada jadi penyambung dosa yang tak disedari.’

    Terdahulu, seorang penyanyi yang juga merupakan pelakon terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

    MENARIK:  [VIDEO] Wan Sharmila Kongsi Momen Jadi Petugas Umrah – ‘Sekarang Masa Untuk Belajar Erti Sebenar Menjaga Diri’

    Mangsa mendakwa, mereka telah berkenalan di sebuah kafe tempatnya bekerja.

    Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

    Sumber: IGs Akaun Peminat

    The post Artis Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual, Peminat Titip Kata Semangat  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah