31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Tak Pernah Rasa Malu Bercerai Dengan Bekas Suami – ‘Demi Kebaikan Saya Dan Seth’

    Shopee Sale



    Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia tidak pernah berasa malu dan menyesal dengan keputusan perceraiannya dengan bekas suami.

    Artikel berkaitan: Shila Amzah Dedah Alami ‘Baby Blues’ Semasa Berpantang Anak Kedua – ‘Orang Lupa Ibu Juga Perlu Dijaga’

    Artikel berkaitan: Shila Amzah Cemas Anak Sulung Hampir Pitam Selepas Bermain Panas – ‘Saya Lihat Dia Ada Talasemia Macam Saya’

    ‘Saya tak malu’

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Shila menjawab pertanyaan pengikutnya yang meluahkan rasa malu untuk menuntut penceraian.

    Menurutnya, keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan dirinya dan anak lelakinya, Seth Uwais.

    Saya tak malu sebab saya buat benda betul untuk diri sendiri dan anak saya.

    Setiap keputusan kita, kena berbangga..tiada penyesalan. Saya tahu apa yang terbaik buat diri saya berbanding orang lain.

    Dalam pada itu, Shila menegaskan tidak perlu teragak untuk berpisah sekiranya pasangan tidak menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai seorang suami.

    Kalau selama ini awak jadi isteri yang baik tapi suami curang, dia dera mental dan fizikal, tidak bertanggungjawab ke, tak payah malu.

    Untuk rekod, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai selepas empat tahun bersama.

    MENARIK:  Agong Menunjukkan Kemahiran Memasak Selain Berjiwa Rakyat

    Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

    Kemudian, Shila mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Ubai MZ pada 5 Ogos tahun lalu dan telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah