28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Minta Maaf Kepada Jaclyn, Ella & Awie, Tak Sempat Borak Lama Selepas Konsert

    Shopee Sale

    Susulan laporan polis dibuat berhubung insiden didakwa diserang penyanyi lagenda, Shila Amzah tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan isu tersebut.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’

    ArArtikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Ditawar RM10 Juta, Tolak ‘Offer’ Tanpa Fikir Panjang – ‘Mereka Nak Saya Buka Tudung’

    Belum sedia ditemu bual

    Menurut pengurus Shila yang dikenali sebagai Aini Shuhaidah, dia berharap semua pihak termasuk pengamal media dapat menghormati dan memahami keadaan penyanyi berusia 35 tahun itu ketika ini.

    Kepada semua kawan-kawan media yang mencari dan mahu menemu bual Shila, pihak kami mohon maaf tidak dapat memberikan sebarang kenyataan atas nasihat pihak polis.

    Mohon maaf rakan-rakan media semua, insya-Allah bila dah bersedia, kita adakan temu bual ya.

    Sementara itu, Shila dalam sebuah hantaran terbaharu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir menyaksikan persembahannya di Konsert Ulang Tahun MR. Diy pada Jumaat.

    MENARIK:  Fynn Jamal Pernah Guna Alasan ‘Broken Family’ Buat Perangai Tak Baik, Nasib Kawan Ubah Cara Pemikiran

    Dalam hantaran sama, pelantun lagu Patah Seribu itu memohon maaf kepada rakan penyanyi yang turut sama menjayakan konsert tersebut iaitu Jaclyn Victor, Ella dan Datuk Awie kerana tidak dapat meluangkan masa yang lama untuk berbual.

    Gembira dapat jumpa kakak kesayangan saya Jaclyn Victor dan Ella, maaf tak dapat sembang lama.

    Tak sempat juga nak ambil gambar dengan abang Awie, jumpa lain kali.

    Terdahulu, Shila mendakwa telah diserang dan diherdik oleh seorang penyanyi bertaraf lagenda sewaktu sesi latihan Konsert Ulang Tahun MR. Diy.

    Susulan itu, Shila tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.31 petang Khamis.

    Sumber: Instagram

    The post Shila Amzah Minta Maaf Kepada Jaclyn, Ella & Awie, Tak Sempat Borak Lama Selepas Konsert first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah