30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sherry Alhadad Digelar ‘Ikon Ramadan’, Netizen Terhibur Ayat Ikonik ‘Marhaban Tiba’ & ‘Farah Dah Pukul 7 Ke Belum?’

    Shopee Sale



    Sherry Alhadad

    Gara-gara dua ayat keramat yang tular setiap kali tibanya bulan puasa iaitu ‘Marhaban Tiba’ dan ‘Farah dah pukul 7 ke belum?’, pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad digelar ‘ikon Ramadan’ oleh netizen.

    Ramai terhibur

    Sherry Alhadad

    Tidak menyangka dengan gelaran tersebut, Sherry, 40, berkata, dia berasa seronok melihat ramai yang terhibur dengan gelagatnya biarpun perkara itu sudah tular sejak beberapa tahun lalu.

    Benda itu kita tak rancang sebenarnya, bukan untuk viral, tapi lebih kepada parodi, apa yang berlaku adalah seperti gurauan manja.

    Kita sudah rekod benda itu lama, dan saya rasa benda ini tiba tiba baru viral adalah disebabkan wujudnya laman sosial.

    Kita pun tahu, di media sosial banyak perkara perkara yang menjadi trending, kemudian orang repost dan tiba-tiba dah jadi ikon.

    Netizen ucap terima kasih

    Sherry Alhadad

    Tidak kisah kerap diusik tentang perkara itu, Sherry mendedahkan ada di antara netizen mengucapkan terima kasih kerana telah menghiburkan mereka dengan gelagat lucunya.

    Saya okay sahaja bila orang nak usik-usik tentang perkara itu, sebenanya itu adalah satu benda yang menggembirakan.

    Ada juga yang menghantar DM di IG dan ucap terima kasih kerana menghiburkan mereka setiap tahun.

    Sebagai contoh ayat marhaban tiba itu, walaupun sudah bertahun berlalu tapi bila mereka tengok kembali, tetap gelak pada benda yang sama.

    Ada yang kata terima kasih kerana menceriakan hidup mereka, jadi saya rasa terharu, sedikit sebanyak adalah benda benda baik yang saya buat kepada netizen yang menonton.

    Terdahulu, Sherry pernah tersasul menyanyikan lagu Ramadan Tiba nyanyian asal penyanyi Indonesia Opick sewaktu siaran langsung program Muzik-Muzik.

    MENARIK:  [VIDEO] Mekyun Pernah Ada Kekasih Melayu, Dedah Suka Lelaki Tinggi & Berhidung Mancung

    Bagaimanapun, ramai yang terhibur dengan Sherry dan sehingga hari ini momen tersebut tular setiap kali tiba ramadan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah