Masalah kulit seperti jerawat, eczema dan pigmentasi bukan sekadar isu penampilan. Bagi ramai rakyat Malaysia, ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan keselesaan harian lebih-lebih lagi apabila akses kepada pakar dermatologi tidak mudah.
Atas sebab itu, La Roche-Posay memperkenalkan kempen Dermakan Dermacare, satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan akses kepada konsultasi dermatologi sambil menggalakkan kesedaran tentang penjagaan kulit yang betul.
Kerana kesihatan kulit sepatutnya tidak terhad oleh keadaan atau kemampuan.
Ramai hadap masalah kulit dalam diam
Masalah kulit sering dianggap sekadar “cosmetic issue”. Sedangkan keadaan seperti acne berpanjangan, eczema atau kulit sensitif boleh memberi kesan kepada rutin harian, tahap keyakinan diri dan juga keadaan emosi.
Ramai yang menangguhkan rawatan kerana kos, kurang kesedaran atau akses yang terhad kepada konsultasi profesional.
Sebab itulah kempen ini diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang tersebut.
Setiap pembelian boleh beri impak buat seseorang!
Untuk pengetahuan korang, sepanjang 25 Februari 2026 hingga 25 Mac 2026, setiap pembelian produk La Roche-Posay di Watsons akan menyumbang RM2 bagi menyokong konsultasi dermatologi percuma kepada mereka yang memerlukan.

Dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membawa pakar dermatologi turun padang, termasuk ke komuniti dengan akses rawatan yang terhad.
Maksudnya, rutin penjagaan kulit harian kini boleh menjadi sebahagian daripada usaha membantu orang lain mendapatkan nasihat profesional.
Real skin stories: Dermatologi lebih mudah didekati

Melalui kempen ini, pakar dermatologi turut memberikan konsultasi kepada individu yang berdepan masalah kulit, termasuk melalui sesi lawatan khas.
Selain cadangan penjagaan kulit, mereka turut menerima pendidikan tentang cara menguruskan keadaan kulit dengan lebih tepat dan selamat.
Pendekatan ini menjadikan rawatan dermatologi lebih mudah didekati dan tidak lagi terasa terlalu eksklusif.
“Kalau dekat tangan, memang susah nak sorok rasa insecure” – Daniel
Daniel pernah berdepan masalah eczema yang membuatkan dia kurang yakin, terutama apabila ia muncul pada tangan dan kaki. Menurutnya, jika di kaki masih boleh ditutup dengan pakaian, tetapi apabila di tangan, ia lebih sukar disembunyikan ketika berinteraksi dengan orang lain.
Sebagai seseorang yang kerap berjumpa klien, keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan keyakinannya. Namun selepas mendapatkan penjagaan kulit yang sesuai dan menggunakan produk daripada La Roche-Posay, Daniel kini lebih selesa dan konfiden untuk berjumpa serta berborak dengan klien seperti biasa, malah dia gembira kerana akhirnya dapat kembali berinteraksi tanpa rasa risau tentang keadaan kulitnya.
Disokong oleh pakar dermatologi yang diyakini
Sebagai jenama yang diakui oleh lebih 90,000 pakar dermatologi di seluruh dunia, La Roche-Posay memberi fokus kepada formulasi yang dibangunkan bersama pakar dan diuji pada kulit sensitif.
Antara rangkaian yang menjadi pilihan untuk keperluan kulit berbeza termasuk:
Isu Pigmentasi & Dark Spots – Mela B3 Serum

Mela B3 Serum dirumus khas untuk membantu mengurangkan penampilan dark spots dan tona kulit tidak sekata.
Ia mengandungi:
- Melasyl
, molekul multi-paten yang direka untuk membantu menghalang pembentukan hiperpigmentasi dan mengurangkan penampilan tompok gelap. - Niacinamide (Vitamin B3) yang dikenali membantu menenangkan kulit, menguatkan skin barrier dan memperbaiki tona kulit.
Kajian klinikal menunjukkan pengurangan ketara pada kes bintik hitam berpanjangan selepas penggunaan berterusan.*
Serum ini boleh disapu 2–3 titis pada wajah pagi atau malam selepas pencucian, dan disarankan melengkapkan rutin pagi dengan SPF 50+.
Kulit berjerawat – Effaclar Duo+M

Bagi kulit berminyak dan cenderung berjerawat, Effaclar Duo+M merupakan rawatan khusus yang membantu mengurangkan ketidaksempurnaan serta membantu mencegah kemunculan jerawat baharu.
Antara bahan utamanya:
- Phylobioma Active, diinspirasikan daripada sains mikrobiom untuk membantu mengawal lebihan sebum dan menenangkan ketidaksempurnaan.
- Procerad, ceramide eksklusif yang membantu melindungi daripada kesan bekas jerawat.
- Niacinamide, yang membantu menenangkan kulit.
Kajian klinikal menunjukkan pengurangan ketara pada jerawat, blackheads dan tanda jerawat selepas penggunaan konsisten.*
Ia boleh disapu pada seluruh wajah pagi dan/atau malam selepas pencucian.
Kulit kering & eczema – Lipikar Baume AP+M

Bagi individu dengan kulit sangat kering dan mudah gatal, Lipikar AP+M Baume ialah balm badan yang membantu memulihkan dan menenangkan kulit.
Ia mengandungi:
- Niacinamide untuk membantu menenangkan dan menguatkan skin barrier
- Shea Butter yang membantu memulihkan lapisan pelindung kulit
- Aqua Posae Filiformis, kompleks eksklusif untuk membantu mengimbangi mikrobiome kulit
Kajian klinikal menunjukkan pengurangan rasa gatal dan membantu mengurangkan risiko relapse apabila digunakan secara konsisten.*
Ia sesuai digunakan 1–2 kali sehari pada kulit yang telah dibersihkan, pada wajah dan badan.
Semua produk ini dibangunkan dengan pendekatan dermatologi yang bertanggungjawab serta memberi fokus kepada keselamatan, toleransi kulit dan keberkesanan jangka panjang.
Ini nilai yang lebih bermakna buat mereka!
Dermakan Dermacare menghubungkan tindakan harian kita dengan impak sebenar.
Ia bukan sekadar kempen penjagaan kulit, tetapi satu usaha untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan konsultasi dermatologi yang mungkin sebelum ini sukar dicapai.
Kadang-kadang, perubahan besar bermula dengan langkah yang kecil.
Dan mungkin, melalui satu pilihan hari ini, seseorang akhirnya mendapat akses rawatan yang selama ini mereka harapkan.
The post Setiap Pembelian Boleh Bantu Seseorang Jumpa Pakar Kulit, Ini Inisiatif Yang Ramai Tak Tahu first appeared on OHBULAN!.





