
Masih belum terlambat untuk tampil menawan dan berseri-seri di pagi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Korang cuma perlu amalkan pengambilan BRAND’S® InnerShine Pati Beri dan Pati Prun bermula hari ini.
Diformulasi dengan buah-buahan semula jadi, kedua-dua produk ini membantu menjaga kesihatan dalaman sekaligus menyerlahkan lagi seri wajah dan kulit korang.
Nak tahu bahan apa yang terkandung dalam BRAND’S® InnerShine Pati Beri dan Pati Prun serta bagaimana ia berfungsi sehingga kulit korang boleh jadi cantik berseri-seri? Perkongsiannya ada pada artikel ini.
BRAND’S® InnerShine Pati Beri kaya dengan Vitamin A, C, E & Zinc!

Untuk pengetahuan korang semua, BRAND’S® InnerShine Pati Beri mengandungi 7 jenis beri terbaik seperti Chokeberry, Strawberry, Blackcurrant, Blueberry, Cranberry, Elderberry, Acai Beri, yang diimport dari Eropah dan Amerika.
Mengandungi antioksidan yang tinggi, BRAND’S® InnerShine Pati Beri turut diperkaya dengan Vitamin A, C, E & Zinc membantu mengekalkan kesihatan kulit & melindungi tisu-tisu badan daripada pengoksidaan.
Berikut min kongsikan kebaikan 7 jenis beri yang terkandung dalam InnerShine® Pati Beri.
- Anggur hitam (Blackcurrant): Memiliki rasa yang sedap, kaya dengan Vitamin C dan flavonoid yang menyokong sistem imun.
- Blueberi: Mengandungi anthocyanins untuk melegakan keletihan mata dan memperbaiki peredaran darah.
- Anoria (Chokeberry): Kaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu mengurangkan risiko keradangan mata.
- Kranberi: Kaya dengan antioksidan, dapat melindungi kulit dari pencemaran radikal bebas.
- Elderberi: Sumber nutrien yang sangat baik untuk saluran darah dan tisu mata.
- Strawberi: Mengandungi antioksidan yang membantu melindungi mata selain menstabilkan tekanan yang dialami mata. perlindungan mata, dan untuk menstabilkan tekanan mata.
- Acai Beri: Kaya dengan anthocyanins yang membantu mencegah kebocoran pembuluh darah dan mengurangkan keletihan.
Bukan itu sahaja kandungan Vitamin A, C, E & Zinc dalam BRAND’S® InnerShine Pati Beri membantu memberikan perlindungan kepada kulit, memperbaiki kesihatan mata, dan menjaga kecantikan kulit anda dari dalam:
- Vitamin A: Mengurangkan kulit kering dan kedutan, serta mengawal masalah jerawat
- Vitamin C: Befungsi sebagai antioksidan untuk melindungi kulit daripada pencemaran radikal bebas dan membantu mencerahkan kulit.
- Vitamin E: Melindungi kulit daripada kerosakan UV dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.
- Zinc: Membantu penyembuhan sel-sel kulit.
BRAND’S® InnerShine pati Prun membantu proses penghadaman untuk kulit yang lebih sihat

BRAND’S® InnerShine pati Prun pun tak kurang hebatnya. Produk ini mengandungi kebaikan ‘California Prunes’ yang terkenal dengan kemampuannya untuk menyokong proses pencernaan.
Kalau korang nak tahu, California Prunes’ tinggi serat dan maltodextrin (serat larut), Ia membantu proses pencernaan. Sekaligus, membantu memelihara kesihatan usus dan membantu memberikan kesan positif kepada kulit kita.
Berikut min kongsikan kelebihan bahan-bahan dalam BRAND’S® InnerShine pati Prun:
- California Prunes: Membantu menjaga sistem pencernaan agar sihat, melambatkan proses penuaan, dan melancarkan proses penghadaman.
- Maltodextrin (Serat Larut): Membantu mengalakkan proses pencernaan.
- Vitamin E: Melindungi tisu badan daripada pengoksidaan
Dengan pengambilan konsisten BRAND’S® InnerShine, korang boleh dapat kulit yang lebih sihat, cerah dan berseri. Dalam masa yang sama kesihatan usus turut terjaga.
Ingat kesihatan dalaman adalah kunci kepada kulit berseri secara semula jadi. Bila organ dalam kita sihat, kulit dan tubuh badan kita pun akan terjaga rapi.
Jadi, buat korang diluar sana yang nak tampil cantik berseri di pagi Hari Raya Aidilfitri, korang masih ada masa. Dapatkan BRAND’S® InnerShine Pati Beri dan Pati Prun sekarang. Korang cuma perlu klik SINI, Add to cart dan buat bayaran!
Tambahan pula, sekarang ada Raya Promo Pack, dimana korang akan dapat baucar tunai Boost Juice bernilai RM10 dan RM5 bagi pembelian pek 12 botol dan pek 6 botol.
Semoga dengan pembelian ini, korang dapat tampil anggun, berseri di pagi raya.





