26 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Buat Konten Masak Sampai Tiga Jam, Shashic Sanggup Berlapar – ‘Buat Duit’

    Shopee Sale

    Pelawak, Shashic Iewan mengakui sanggup menahan lapar demi memberi ruang kepada isterinya, Filzah Azmi untuk menyiapkan kandungan memasak di TikTok.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Selamatkan Aku Daripada Didera Dengan Ex Boyfriend’ – Filzah Kongsi Bibit Percintaan Dengan Shashic

    Isteri konten masak

    Menurut Shashic, 35, isterinya boleh menghabiskan masa sehingga tiga jam untuk menyediakan hidangan sambil merakam video, menyebabkan mereka hanya dapat makan selepas semuanya selesai.

    Isteri saya memang rajin buat kandungan. Apa sahaja yang saya buat, semuanya dia nak jadikan kandungan sebab dia selalu rasa saya buat duit.

    Saya kena puasa siang sebab dia akan masak pada waktu malam. Macam kais pagi makan pagi sebab dia masak sampai tiga jam. Dia akan fokus pada kandungan dia dahulu, kemudian barulah saya.

    Memang lapar, tetapi demi kandungan, saya tidak kisah. Lebih-lebih lagi kalau video itu tular, saya okey sahaja.

    Mengulas mengenai segelintir netizen yang mempersoalkan tempoh memasak mereka yang dianggap terlalu lama, Shashic berkata dia tidak mengambil hati kerana siaran langsung tersebut turut menjadi ruang untuk mereka berinteraksi dan menghiburkan penonton.

    Saya pula jenis kalau bekerja sahaja baru buat kandungan. Tetapi isteri, ketika berada di rumah pun dia tetap buat kandungan, termasuklah ketika memasak.

    Dalam pada itu, Shashic turut menjelaskan tindakan Filzah yang kadangkala dilihat kasar terhadapnya ketika menghasilkan kandungan bukanlah gambaran sebenar sikap isterinya.

    MENARIK:  Ajai Kongsi Sikap Mamat Sepanjang Bersama Exists – ‘Dia Seorang Yang Komited & Berdisiplin’

    Sebaliknya, dia menyifatkan perkara tersebut sekadar gimik bagi menghiburkan penonton dan menarik perhatian mereka ketika bersiaran langsung.

    Bagi saya, tiada masalah sebab itu sekadar kandungan. Isteri saya ketika bersiaran langsung cuba mencari cara untuk menarik perhatian orang supaya terus menonton kami. Isteri pun daripada industri yang sama, jadi kami saling memahami antara satu sama lain.

    Tetapi apabila kamera ditutup, dia tidak begitu. Sebenarnya, dia bukan seperti yang dilihat dalam kandungan kerana dia seorang isteri yang sangat taat dan tahu menghormati saya. Apabila kamera sudah ditutup, dia hendak marah saya pun tidak jadi sebab akhirnya kami akan tergelak.

    Untuk rekod, Shashic mendirikan rumah tangga bersama Filzah Azmi, atau lebih dikenali sebagai Filzah Awok, pada Jun 2023.

    The post Isteri Buat Konten Masak Sampai Tiga Jam, Shashic Sanggup Berlapar – ‘Buat Duit’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah