26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zizie Izette Nafi Dakwaan Arwah Suami Tinggalkan Wang RM1.17 Bilion Dalam Bank

    Shopee Sale

    Pelakon, Zizie Izette menafikan dakwaan kononnya Allahyarham suaminya, bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggalkan wang berjumlah RM1.17 bilion dalam sebuah akaun bank.

    Artikel Berkaitan: ‘Orang Kata Kejapnya Sedih, Saya Hanya Tersenyum’ – Zizie Izette

    Tinggalkan billion ringggit?

    Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 48, mencabar pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan supaya tampil mengemukakan bukti sahih.

    Kalau betul arwah suami saya tinggalkan RM1.17 bilion dalam akaun, sila tampilkan dengan bukti seperti penyata bank dan butiran akaun, saya cabar tunjukkan.

    Percayalah, tiada siapa yang lebih gembira selain saya dan lima anak kami sekiranya perkara ini benar-benar wujud.

    Zizie menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai sesuatu yang tidak masuk akal apabila orang luar dikatakan lebih mengetahui perkara itu berbanding dirinya sendiri.

    Hebat betul orang luar lagi tahu daripada tuan badan sendiri yang sampai sekarang masih mencarinya jika benar ada.

    Janganlah main petik nama arwah sesuka hati untuk bergosip kerana arwah sudah tiada lagi untuk mempertahankan diri di dunia.

    Dalam masa sama, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan khabar angin, apatah lagi apabila membabitkan individu yang sudah meninggal dunia.

    Nak bergosip berpada-padalah, banyakkan istighfar kerana takut nanti di akhirat kena jawab satu persatu di hadapan Allah SWT.

    Semoga kita semua dijauhkan daripada terus terjerumus dalam dosa fitnah yang merosakkan ini.

    Dalam hantaran berasingan, Zizie turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang individu yang memaklumkan mengenai dakwaan kononnya Allahyarham Bung Moktar mempunyai simpanan wang yang banyak.

    MENARIK:  Tak Perlu Tunggu Lama, Temu Janji Klinik Kesihatan Kini Lebih Mudah Guna MySejahtera

    Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak dan turut membesarkan dua anak angkat.

    Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah, akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru yang serius.

    Sumber: Instagram

    The post Zizie Izette Nafi Dakwaan Arwah Suami Tinggalkan Wang RM1.17 Bilion Dalam Bank first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah