Bersempena sambutan Hari Autisme Sedunia, penyanyi Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat anak sulungnya, Seth Uwais yang didiagnosis berada dalam spektrum autisme.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Akui Tidak Mudah Menjadi Ibu Bapa – ‘Kita Ada Tanggungjawab Untuk Buang Perkara Salah Yang Dinormalisasikan’
Seth hebat

Menerusi perkongsian di Threads, Shila, 36, meluahkan rasa bangga melihat perkembangan positif Seth yang kini berusia tujuh tahun dan disifatkan sebagai anak yang tabah serta membanggakan.
Selamat Hari Autisme Sedunia. Mama dan papa sangat bangga dengan Seth Uwais. Ketika saya menulis ini, Seth berada di sekolah.
Dia semakin berkembang dan meningkatkan kemahirannya, malah setiap hari dia berusaha sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri. Saya rasa dia melakukan tugas yang sangat hebat.
Dalam masa sama, pelantun lagu Pernah Punya Aku itu turut berkongsi bahawa anaknya masih dalam proses memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaannya.
Dia tidak pernah malu dengan keadaannya sebagai seorang autistik, cuma kadang-kadang dia menyangka semua orang juga autistik dan akan bertanya, ‘awak autisme tahap berapa?’
Jadi, janganlah terasa hati dengan soalannya itu, kerana dia masih dalam proses belajar dan meneroka.
Untuk info, Seth merupakan anak hasil perkahwinan Shila dengan bekas suami, Haris Idraki Elias. Mereka bernikah pada 8 Februari 2022, namun rumah tangga mereka berakhir selepas empat tahun bersama.
Shila kemudian berkahwin dengan Ubai pada 5 Ogos 2023 dan telah dikurniakan anak perempuan bernama Rhea Akira yang dilahirkan pada 9 Mei 2024.
Sumber: Threads
The post ‘Selamat Hari Autisme Sedunia, Papa & Mama Bangga Dengan Seth Uwais’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.





