
Penyampai radio Hot FM, Johan meraih perhatian netizen apabila dilihat menegur pembantu rumahnya untuk tidak melupakan kewajipan sebagai umat Islam.
Enggan disoal di akhirat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 40, mengingatkan pembantu rumah untuk mencari masa membaca Al-Quran.
Menurutnya, dia enggan disoal di akhirat kelak.
Quran jangan lupa.
Tak kan setiap masa saya dan Maam (Ozlynn) nak ingatkan.
Bila saya panggil semua jemaah harus tinggalkan semua kerja yang kamu tengah buat.
Solat dulu, saya tak mahu di akhirat nanti helper cakap sibuk kerja sampai tak sempat solat dan mengaji.
Kalau tak sempat mengaji, tolong cari ruang.
Majikan yang baik

Dalam pada itu, Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail berkata, Johan sering kali menasihati pembantu rumah agar menjalankan kewajipan sebagai umat Islam.
Tambah Ozlynn, Johan merupakan majikan yang baik.
Kalau mengaji tak faham, tanya Maam.
Kalau Maam tak tahu, baru Maam akan tanya saya.
Saya tak mahu dituntut esok. Kena solat dan mengaji.
Macam itu lah nasihat Johan pada pembantu.
Bos yang paling susah nak marah.
Itu lah momen dengan pembantu rumah, aku boleh cakap dia bos yang baik.





