27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SAYS Lancar Nandini Mana?! – Siri Video Pengembaraan & Budaya Unik Masyarakat Dunia

    Shopee Sale

    SAYS dengan bangganya mengumumkan pelancaran Nandini Mana?!, sebuah siri video baharu yang berani dan mendalam yang meneroka persilangan budaya, sejarah, dan identiti global melalui lensa rakyat Malaysia.

    Artikel Berkaitan: SAYS Lancar Kempen ‘Furever Friends’, Tingkatkan Kesedaran & Perjuangkan Kebajikan Haiwan

    Artikel Berkaitan: The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Bul*’, Sedia Platform Untuk Mangsa

    Budaya Malaysia

    Dikendalikan oleh Ketua Video SAYS, Nandini Balakrishnan, Nandini Mana?! membawa penonton mengembara ke merata Asia dan Eropah sambil menyingkap kisah-kisah menarik yang mencerminkan warisan bersama, hubungan kulinari, serta ikatan sejarah dan budaya yang mendalam antara Malaysia dan komuniti lain di seluruh dunia.

    Dengan hanya menaiki dua penerbangan dan had perbelanjaan harian sebanyak RM170, Nandini mengembara menggunakan pengangkutan darat, kereta api, dan laut. Di setiap destinasi, dia perlu melengkapkan tiga cabaran utama:

    • Makan hanya makanan tempatan
    • Belajar sekurang-kurangnya lima frasa tempatan
    • Kumpul satu kotak mancis

    Treler untuk Nandini Mana?! telah mendapat lebih 262,000 tontonan dan hampir 500 komen di Instagram sahaja, membuktikan bahawa rakyat Malaysia dahagakan cerita bermakna, berkait dan dekat di hati.

    Tonton treler untuk siri Nandini Mana?! di sini.

    Perjalanan: 2 Bulan, 3 Benua, 1 Perspektif Malaysia

    Siri ini bermula pada 30 Jun lepas dengan destinasi pertama Nandini di Sri Lanka, di mana dia perlu melawat Colombo, Trincomalee dan Jaffna. Matlamatnya adalah untuk untuk menelusuri laluan diaspora Tamil dan mengkaji kaitan budaya yang mencerminkan asas masyarakat majmuk Malaysia.

    Tahukah anda? Di Sri Lanka wujudnya komuniti Melayu Sri Lanka!

    Dalam episod pertama Nandini Mana?!, Nandini menemu bual seorang wanita Melayu Sri Lanka di restorannya sambil menikmati hidangan tradisional yang disajikan. Episod ini meraih lebih 211,000 tontonan, menandakan permulaan yang sangat memberangsangkan untuk siri ini.

    MENARIK:  Tips Memilih Penapis Udara Terbaik Untuk Rumah Anda Jika Anda Tidak Tahu Bagaimana!

    Saksikan episod pertama di sini.

    Seterusnya, Nandini akan menaiki feri ke India, menjelajah budaya Tamil yang kaya dengan warisan di Trichy, Madurai, Pondicherry, dan Chennai.

    Nandini kemudian akan terbang ke Istanbul, sebelum meneruskan perjalanan darat merentasi Greece, North Macedonia, Albania, Itali, Perancis, Sepanyol, Portugal, dan akhirnya tiba di England.

    Sebuah Siri Yang Mendalam, Jujur dan Sangat Malaysia

    Nandini Mana?! bukan sekadar rancangan pelacongan biasa. Setiap minggu, video berdurasi dua hingga tiga minit akan dimuat naik di semua platform media sosial SAYS, memaparkan momen penemuan budaya, refleksi sejarah dan bagaimana semuanya berkait rapat dengan Malaysia.

    Format video ini menggabungkan gaya unik Nandini yang dikenali dalam kandungan SAYS dengan elemen travelog peribadi yang lebih jujur dan mendalam.

    Saya ingin meneroka tempat-tempat yang kelihatan jauh daripada Malaysia, tetapi sebenarnya sangat berkait dengan kita melalui makanan, migrasi, bahasa, atau sejarah.

    Segalanya saling berhubung, dan saya mahu menunjukkan dengan cara yang jujur, mentah, dan sangat ‘Malaysia’. Jom lawatan sambil belajar bersama saya!

    Untuk mengikuti siri Nandini Mana?! dan tonton setiap episod terbaharu, ikuti SAYS di Instagram, Facebook dan TikTok.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.says.com.

    The post SAYS Lancar Nandini Mana?! – Siri Video Pengembaraan & Budaya Unik Masyarakat Dunia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah