27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Admin Naelofar Dedah Neelofa Hamil Anak Ketiga, Netizen Tumpang Gembira – ‘Kena Ramai Sebab Baka Bijak Pandai’

    Shopee Sale

    Pengurus media sosial Naelofar menyorot perhatian apabila mendedahkan bahawa majikannya, Neelofa sedang hamil anak ketiga.

    Artikel Berkaitan: Neelofa Syukur Naelofar Hijab Sudah Sedekad Bertapak, Pernah Terpaksa Jual Kereta Buat Modal – ‘Modal Sepenuhnya Daripada Keluarga & Duit Sendiri’

    Artikel Berkaitan: Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga? Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’

    Neelofa hamil!

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, pengurus atau admin media sosial Naelofar dilihat membalas ciapan seorang individu secara bersahaja.

    Pada ciapan tersebut, admin berkenaan turut memohon doa orang ramai agar segala urusan Neelofa dipermudahkan susulan dirinya yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga.

    Kami tak mengandung tapi boss kami, Neelofa mengandung.

    Doakan yang baik-baik.

    Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian warganet yang berpendapat isteri kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail itu mempunyai kemampuan kewangan yang baik untuk membesarkan ramai cahaya mata.

    MENARIK:  Video Wanita Didakwa Ditolak Kekasih Hingga Maut Menular

    Reaksi netizen

    Untuk rekod, Neelofa dan Haris yang lebih dikenali sebagai PU Riz mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

    Sumber: Threads @naelofar

    The post Admin Naelofar Dedah Neelofa Hamil Anak Ketiga, Netizen Tumpang Gembira – ‘Kena Ramai Sebab Baka Bijak Pandai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah