28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tiada Apa-Apa Alasan, Tak Nak Bercerita Isu Rumah Tangga Di Media Sosial’ – Haqiem Stopa

    Shopee Sale

    Ikon permotoran, Haqiem Stopa tampil membuat kenyataan susulan kontroversi rumah tangganya dengan isteri, Aireena Sofia. 

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Tahu Apa Lagi Tak Cukup, Saya Dah Lahirkan Anak Awak & Jaga Awak’ – Isteri Haqiem Stopa

    Artikel Berkaitan: ‘Lepas Saya Ditinggalkan Ketika Berpantang, Dia Sekali Lagi Curang Dengan Gadis 18 Tahun’ – Isteri Haqiem Stopa

    Haqiem Stopa enggan komen

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, menegaskan bahawa dia tidak ingin memberi sebarang komen lanjut buat masa ini dan akan menyampaikannya secara rasmi pada masa yang sesuai.

    Assalamualaikum semua netizen dan Malaysian artikel. Saya tiada apa-apa statement. Saya tiada apa-apa alasan. Saya tiada apa-apa yang nak disampaikan.

    Kenyataan akan diberi 100% pada masa yang sesuai dalam masa terdekat. 

    Sementara itu, Haqiem juga memaklumkan bahawa dia enggan berkongsi dan tidak ingin membincangkan isu rumah tangga secara terbuka di media sosial.

    Saya tak nak bercerita apa-apa isu rumah tangga di platform social media. Terima kasih dan maaf pada semua yang bertanya.

    Pada Sabtu lalu, Aireena melalui hantaran di Threads mendakwa bahawa suaminya, Haqiem Stopa, berlaku curang dengan seorang gadis berusia 18 tahun.

    MENARIK:  Aepul Roza Dedah Lutut Pernah ‘Terkeluar’ Ketika Silat Di Pentas The Hardest Singing Show – ‘Dah 10 Minggu, Sakit Belakang Belum Hilang’

    Lebih mengejutkan, dalam sesi siaran langsung di TikTok, Aireena mendedahkan bahawa kecurangan Haqiem sepanjang perkahwinan mereka bukanlah sekadar sekali, tetapi telah berulang kali.

    Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.

    Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dan isteri, Aireena Sofia, 21, enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

    Sekadar info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

    Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

    Sumber: Instagram Haqiem Stopa

    The post ‘Saya Tiada Apa-Apa Alasan, Tak Nak Bercerita Isu Rumah Tangga Di Media Sosial’ – Haqiem Stopa first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah