Tular sebuah video memaparkan detik cemas seorang wanita yang dipercayai melahirkan bayinya di dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.
Artikel Berkaitan: Netizen Imbau Peristiwa 19 Tahun Lalu Abby Abadi Lahirkan Marissa Dania Dalam Kereta – ‘Seorang Mak Sanggup Bertarung Nyawa’
Lahir dalam kereta

Menerusi hantaran di TikTok, proses kelahiran berlaku dengan begitu pantas sehingga mereka tidak sempat tiba di hospital.
Bayi tersebut kemudiannya disambut oleh seorang wanita dan lelaki yang berada dalam kenderaan sama.
Tak sempat sampai hospital dan keluar. Masya-Allah, alhamdulillah.
Tiada yang dapat digambarkan. Semua berlaku dengan sangat pantas dan tak pernah terlintas di fikiran kami.
Kata doktor, rupanya kes begini kalau ada pun sekali dalam setahun.
Bayi berkenaan kemudiannya diiqamatkan sejurus selamat dilahirkan daripada rahim ibunya.
Perkongsian tersebut ternyata mengundang perhatian ramai apabila rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak melihat detik kelahiran yang berlaku dalam keadaan penuh cemas itu.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika melahirkan anak, termasuk ada yang pernah bersalin di dalam bilik air dan juga kereta.
Sumber: TikTok
The post Tak Sempat Sampai Hospital, Bayi Selamat Dilahirkan Dalam Kereta – ‘Kata Doktor Kes Begini Setahun Sekali’ first appeared on OHBULAN!.





