Meskipun sibuk dengan jadual kerja yang padat, penyanyi dan komposer, Aina Abdul memaklumkan proses menyiapkan album keduanya berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Kongsi Persiapan Ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Pertaruh Lagu ‘Full English’
Album baharu

Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, dia akan memastikan album berkenaan dapat dilancarkan pada tahun ini meskipun perlu menyelesaikan beberapa komitmen lain terlebih dahulu.
Alhamdulillah, perancangan untuk terbitkan album baharu masih ‘on track’. Sebab saya ada pasukan yang sentiasa membantu untuk menyipkan album itu.
Semuanya masih seperti dirancang, insya-Allah tak akan lewat. Saya perlu selesaikan pertandingan Eurovision dahulu, namun yang penting album itu akan keluar pada tahun ini juga.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kejayaannya di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), baru-baru ini.
Tambah pelantun lagu Kamu itu, dia tidak mahu menghentikan momentum penghasilan album tersebut selepas beberapa single yang bakal dimuatkan dalam karya berkenaan sudah diperkenalkan kepada peminat.
Saya mahu pastikan lembaran untuk album baharu itu dimulakan pada tahun ini juga. Sebab saya sudah keluarkan beberapa single seperti Berjauh-an, Sadis, jadi tidak mahu hentikan kitaran itu.
Sekadar info, album sulung Aina berjudul Imaji yang dilancarkan pada 25 Oktober 2023 dan memuatkan 14 buah lagu termasuk Jangan Mati Rasa Itu, Kamu, Puas Sudah, Kejam, Bilang dan beberapa karya lain.
The post ‘Album Baharu Akan Keluar Tahun Ini, Bagi Saya Selesaikan Eurovision Dulu’ – Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.





