32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tahu Ramai Yang Berjuang Secara Senyap’ – Khai Bahar

    Shopee Sale

    Penyanyi Khai Bahar, menyifatkan single terbaharunya yang berjudul Beri Sedikit Waktu sebagai sebuah lagu balada yang bukan hanya mendakap emosi pendengar tetapi turut menyuarakan sesuatu yang sering kita simpan dalam diam.

    Artikel Berkaitan: Khai Bahar Tak Teruskan Saman, Dakwa Kenalan Rapat Sebar Fitnah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Ada Buat Salah, Itu Antara Saya Dengan Tuhan’ – Khai Bahar

    Lagu ‘healing’

    View this post on Instagram

    A post shared by Sony Music Malaysia (Domestic) (@sonymusic_malaysia)

    Menurut Khai, dia menerima lagu sentuhan istimewa daripada Adi Pawana dan Rudy Nastia itu kerana bait lirik dirasakan begitu dekat dengan fasa kesedihan yang pernah dilaluinya sebelum ini.

    Saya terima lagu ini sebaik sahaja mendengarnya. Tanpa ragu. Tanpa fikir panjang. Lagu ini benar-benar menyentuh hati saya kerana ia sangat ‘kena’ dengan fasa yang saya lalui… kehilangan ibu tersayang bukanlah sesuatu yang mudah.

    Khai atau nama lengkapnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, single ini bukan sekadar lagu malah ia adalah pelukan buat jiwa yang sedang bergelut dalam senyap.

    Saya percaya semua orang pernah rasa tertekan, tapi tidak tahu macam mana hendak luahkannya. Lagu ini memberi ruang itu, ruang untuk menangis, untuk melepaskan dan untuk akhirnya menerima bahawa kita tidak perlu sentiasa kelihatan kuat.

    Tambah penyanyi berusia 31 tahun itu, Beri Sedikit Waktu merupakan lagu ‘healing’ yang mengetengahkan mesej empati, penerimaan dan penyembuhan dalaman.

    Saya nyanyikan lagu ini dengan cara paling jujur. Tidak terlalu teknikal dan tersusun. Saya cuma hendak sampaikan rasa. Saya percaya, rasa itu pasti sampai kalau datang dari hati.

    Saya beberapa kali kena berhenti kerana terlalu sebak. Tapi saya tahu, saya perlu rakam lagu ini. Sebab saya yakin, ramai orang yang perlukan lagu seperti ini

    Muzik video

    Bercerita lanjut, Khai berkata video muzik (MV) lagu ini juga menerapkan mesej-mesej positif untuk para penonton supaya mereka juga dapat keluar daripada kegelapan dan meneruskan kehidupan.

    MV ini melambangkan perjalanan seseorang dari kegelapan emosi ke satu titik kesedaran bahawa hidup perlu diteruskan. Tidak ada masalah yang kekal, cuma perlu sedikit waktu untuk pulih dan bangun semula.

    Dalam masa yang sama, menerusi lagu ini Khai juga mendedikasikan khas buat arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada Januari tahun lalu dengan harapan ia juga dapat merawat duka bagi setiap pendengar.

    Saya tahu ramai yang sedang berjuang secara senyap, lagu ini untuk mereka. Kalau lagu ini mampu memberikan sedikit rasa lega, rasa didengari dan difahami… itu sudah lebih dari cukup buat saya.

    Khai berharap agar lagu ini menjadi peneman setia kepada para pendengar, terutamanya di saat mereka memerlukan ruang untuk bersandar dan kembali kuat.

    Tidak semua orang boleh terus bangun selepas jatuh. Dan saya hendak lagu ini menjadi satu pelukan buat mereka semua. Ambillah masa. Menangislah kalau perlu. Tapi percayalah, kamu akan baik semula.

    Dirakam di studio Mixbro Records di Cybersouth, rakaman lagu ini mengambil masa kira-kira dua jam sahaja. Namun prosesnya secara emosi cukup berat buat Khai.

    MENARIK:  Permulaan Untuk Membangun Kasih Sayang terhadap Diri Sendiri - Amelia Christie

    Beri Sedikit Waktu kini boleh distrim di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music. Manakala MV rasmi lagu ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube rasmi sonymusicMYVEVO.

    The post ‘Saya Tahu Ramai Yang Berjuang Secara Senyap’ – Khai Bahar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah