25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Risau Amalan Saya Buat Ini Tak Sampai’ – Scha Alyahya

    Shopee Sale



    Pelakon Scha Alyahya mengakui ingin berhijab kerana bimbang amalan yang dilakukan sekarang tidak diterima Allah SWT.

    Dah lama simpan niat baik

    Menurut Scha, 42, dia sudah menyimpan niat baik itu sejak pulang dari mengerjakan umrah pada tahun 2023.

    Bagaimanapun, dia lebih selesa untuk tidak menguar-uarkan kepada umum dan hanya bermonolog kepada Allah.

    Rasa niat untuk berubah selepas balik umrah, saya fikir usia pun nak masuk 40 tahun.

    Selalu berborak dengan diri sendiri dalam bilik seorang diri. Banyak benda lain saya praktis untuk dekatkan diri dengan Allah. Kalau nak cerita, sedih sangat.

    Niat bertudung sudah ada sebelum arwah ibu meninggal dunia lagi.

    Saya dan Tuhan berborak setiap hari. Minta apa sahaja kepadaNya dipermudahkan.

    Tambah pemilik nama Sharifah Nor Azean Mahadzir, dia juga mahu memudahkan urusan ibunya di negeri abadi.

    Saya risau amalan saya buat ini tak sampai. Bagi saya, tanggungjawab saya itu perlu dipandang serius.

    Saya takut benda yang kita buat, akan mengehadkan pahala. Semua itu ibu saya akan tanggung.

    Risau benda tak elok akan sampai (kepada ibu), yang elok ada halangan. Saya kena luruskan diri dahulu.

    Scha berkata demikian ketika majlis pelancaran baju raya Shawl Publika X Seth Luna yang diadakan di The Starhill, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Kongsi Tips Perkahwinan Bahagia, Wajib Keluar ‘Dating’ Berdua – ‘Kita Perlu Sentiasa Berkomunikasi’

    Minta doa dari peminat

    Dalam masa sama, pelakon drama Awan Dania itu mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat.

    Ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga memberitahu dia sudah lama memberi bayangan untuk berubah kepada suami yang merupakan pengacara, Awal Ashaari selain sering menyertai kelas agama.

    Saya selalu bagi hint dekat Awal dan dia perasan perkara tersebut.

    Saya selalu pergi kelas agama bersama kawan-kawan tetapi memilih untuk tidak berkongsi.

    Terdahulu, timbul desas-desus Scha ingin berhijab dan berubah ke arah kebaikan.

    Scha juga sering berkongsi petikan kata-kata berunsur keagamaan dalam media sosialnya.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah