31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Mahu Semuanya Selesai Dengan Cara Yang Baik’ – Cik Epal

    Shopee Sale



    Pempengaruh sensasi, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berharap kisah rumah tangganya dengan bekas suami, Jofliam, dapat diselesaikan dengan segera.

    Mahu cepat berakhir

    Menerusi temu bual bersama , Cik Epal memberitahu dia berharap semua yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

    Kita perlu berdamai dengan takdir dan bersyukur dengan apa yang terjadi, kerana saya rasa segala yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Saya pun berharap perkara ini akan berakhir dengan cepat. Saya memang mahu semuanya selesai dengan cara yang baik. Jadi, saya harap selepas ini semuanya baik-baik sahaja.

    Cik Epal yang ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jakel kerana melantiknya sebagai salah seorang duta jenama berkenaan, walaupun dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang artis.

    Saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Feroz yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Duta Jakel. Saya rasa sangat terharu dan bahagia kerana Datuk Seri mempercayai saya, walaupun saya rasa saya bukan seorang artis.

    Selain Cik Epal, Elly Mazlein, Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad, Anzalna Nasir, dan kumpulan Senario turut dilantik sebagai duta bagi kempen raya Jakel tahun ini.

    MENARIK:  Video: Zahid Reveals Wife's Account Emptied of RM4,250 - 'Raya Mood Ruined!'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah