
Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali sekali lagi mencuri tumpuan warganet kali ini dengan koleksi jam tangan mewah yang dimilikinya.
Berkaitan: Jojo Ghazali Mengaku Dah Lama Jalin Cinta Dengan Kekasih – ‘Kalau Ada Yang Patah Hati, Saya Tak Boleh Buat Apa’
Koleksi Jojo
Johan Ghazali ataupun Jojo kini sedang semakin makin popular. Dari hari ke hari kita boleh nampak yang beliau mula kelihatan memakai jam berjenama mewah yang harganya pun bukan calang-calang ye. #JohanGhazali #jojo #luxurywatch #iconluxe #spotter #mirzanjohor
? original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my – MirzanJohor l IconLuxe.my
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, usahawan dan personaliti media sosial yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor, mendedahkan harga jam tangan milik Jojo.
Dia masuk championship kemudian dapat bonus kontrak, selepas itu saya nampak dia banyak buat pembelian jam.
Ini adalah Hublot Classic Fusion Blue, harganya dalam RM24,000 ke RM30,000.
Jam berharga RM100,000

Bukan itu sahaja, Mirzan turut mendedahkan seutas lagi jam tangan jenama Rolex yang dimiliki Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.
Ini adalah Rolex Bruce Wayne Gold. Kalau kita jual Bruce Wayne yang biasa berharga RM83,000.
Tetapi yang ini saya rasa mungkin harganya hampir RM100,000.
Jadi kedua-dua utas jam milik Jojo harganya RM130,000.





