Penyanyi dan komposer, Ajai menyifatkan isu membabitkan hubungan antara bekas isterinya, Nourul Depp, dan anak perempuan mereka, Ayu Nazirah, sebagai satu perkara sensitif yang tidak wajar diperbesarkan secara terbuka.
Artikel Berkaitan: ‘Kisah Itu Sudah Empat Tahun Berlalu, Saya Hanya Cerita Semula & Bukan Untuk Tunjuk Keburukan Dia’ – Nourul Depp
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terbuka Untuk Lakukan Konsert Bersama Nourul, Tapi Ada Hal Lain Yang Terikat’ – Ajai
Nasihat hormat ibu

Ketika ditemui , Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, berpendapat bahawa konflik antara ibu dan anak merupakan perkara yang boleh berlaku dalam mana-mana keluarga, lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya mempunyai pendirian dan karakter yang hampir sama.
Kata Ajai, sebagai seorang bapa, dia sentiasa menasihati anaknya agar menghormati ibunya walau apa pun keadaan yang berlaku.
Macam saya cakap, hubungan antara ibu dan anak ini memang agak sensitif.
Kadang-kadang bila ibu merajuk, ia boleh berlarutan lama.
Sama juga dengan anak kalau merajuk, boleh ambil masa untuk pulih.
Saya sebagai ayah, sentiasa menasihati Ayu.
Walau apa pun yang berlaku, dia tetap ibu.
Menghormati orang tua adalah satu keutamaan sebagai seorang anak.
Bukan hanya kepada ibu bapa sendiri, tetapi kepada semua orang yang lebih tua.
Saya rasa masalah yang mereka hadapi ini mungkin berpunca daripada kedua-duanya mempunyai perangai yang hampir sama.
Dua-dua juga sensitif, jadi mudah berlaku salah faham.
Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Usanita yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Sudah dewasa

Mengulas lanjut, pelantun lagu ‘Bisikan Asmara’ itu memahami bahawa Ayu kini sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri.
Ayu pun bukan budak-budak lagi, dia sudah matang.
Jadi saya yakin, insyaAllah suatu hari nanti bila tiba masa yang tepat, dengan doa kita agar dia dapat berbaik dengan ibunya
Cumanya, semua itu perlukan masa.
Dalam pada itu, dia turut berharap agar hubungan mereka itu dapat kembali pulih dengan izin masa dan keadaan.
Saya selalu berjumpa dengan Ayu, tapi saya kurang bertanya hal peribadi.
Sebagai bapa, kita perlu banyak menekankan dan menyampaikan perkara-perkara baik, termasuklah mengingatkan dia tentang kebaikan ibunya, supaya dia lebih menghargainya.
Saya percaya, suatu hari nanti hatinya akan terbuka juga.
Lambat laun, perkara ini akan berubah kerana hubungan antara ibu dan anak itu tetap akan kekal.
The post ‘Saya Kurang Bertanya Hal Peribadi Pada Ayu, Suatu Hari Hatinya Akan Terbuka Untuk Berbaik Bersama Nourul’ – Ajai first appeared on OHBULAN!.





