31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jika Benar Berpisah Fast Track Telah Dipersetujui, Untuk Apa Saya Susah Payah Cari Penaja & Mohon Cuti Teman Dia?’ – Suami Zehra Zambri

    Shopee Sale



    Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin memberi respon berhubung dakwaan keputusan mereka berpisah secara ‘fast track’ sudah pun dipersetujui sebelum ini.

    Respon Iqwan

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Iqwan menyangkal dakwaan bahawa persetujuan untuk berpisah tersebut telah dicapai sebelum Zehra menyertai program nyanyian, Gegar Vaganza 11.

    Ada yang kata urusan berpisah secara ‘fast track’ telah diketahui dan dipersetujui sebelum menyertai sebuah pertandingan nyanyian lagi?

    Jika benar, untuk apa saya bersusah payah mencari penaja, mohon cuti, susun jadual kerja dan lain-lain, semata-mata untuk menemani seorang peserta pertandingan tersebut. Tak masuk akal bukan?

    Kalau benar urusan berpisah (fast track) itu telah dipersetujui, bukankah lebih baik saya fokus pada urusan sendiri? Atau sekurang-kurangnya berusaha mengutip serpihan-serpihan hati yang masih berbaki dan berfungsi.

    Sokong Zehra

    Dalam pada itu, Iqwan turut memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang berada di belakang pentas, dipercayai sebagai bukti sokongannya terhadap isteri yang berentap di program tersebut.

    Ini aku di belakang pentas minggu pertama. Dah macam kena sawan sebab risau punya pasal. Penyanyi itu tahu bagaimana air mata jantan ini sempat gugur sebelum dia bermula.

    Gembira sebab hajatnya untuk kembali beraksi tercapai juga akhirnya.

    Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

    MENARIK:  Keith Foo Perjelas Tuduhan Pikat, Harissa Adlynn Sudah Hubungi Minta Maaf – ‘Saya Sayang Riena Diana’

    Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

    Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah