32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya & Fify Masih Berkawan, Doakan Yang Terbaik’ – Niezam Zaidi

    Shopee Sale

    Pelakon Niezam Zaidi tampil memberi penjelasan berhubung khabar angin cintanya bersama aktres, Fify Azmi kembali bersemi selepas tular video memperlihatkan mereka bermain sukan ‘pickleball’ bersama.

    Artikel Berkaitan: Fify Azmi Putus Cinta Dengan Niezam Zaidi?

    Artikel Berkaitan: Fify Azmi Dedah Hubungan Serius Dengan Niezam Zaidi, Tak Suka Bercinta Lama – ‘Kalau Boleh Nak Ke Arah Kebaikan’

    ‘Masih berkawan, doakan yang terbaik’

    Ketika ditemui , Niezam atau nama lengkapnya Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, berkata, bahawa penglibatannya dalam aktiviti itu adalah atas jemputan bagi sebuah acara tertutup.

    Tidak akan pernah ada kenyataan daripada saya. Apa yang dilihat itu sebagai manusia biasa, tak salah rasanya bermain pickleball, beriadah dan sebagainya.

    Saya rasa dia (Fify) pandai bermain pickleball, jadi saya ajak dia.

    Niezam berkata demikian ketika ditemui di majlis Watch Party Drama Dia Bukan Syurga di Studio Village, Sungai Besi pada malam Rabu. 

    Apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Fify yang dikatakan telah berakhir, pelakon filem Bisikan Setan itu enggan memberikan sebarang ulasan lanjut, namun mengakui mereka masih berkawan dan memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik.

    No komen. Masih berkawan, doakan yang terbaik.

    Elak penyakit ain

    Niezam turut mengakui bahawa dirinya kini lebih cermat dalam berkongsi hal peribadi kepada umum, berikutan kebimbangan terhadap penyakit ain.

    Mungkin… salah satunya (takut penyakit ain), wallahualam. Tapi saya simpan komen saya. Siapa yang selalu ikuti cerita peribadi saya, tahu sebelum ini saya terlalu bersuara, sampai bila jadi perkara yang tidak terancang, ia makan dalam.

    Saya serahkan segala kepadaNya. Saya belajar daripada pengalaman, pengalaman mematangkan saya.

    Ditanya mengenai perancangan mendirikan rumah tangga, pelakon berusia 33 tahun itu tidak menafikan bahawa dirinya turut menyimpan hasrat untuk bergelar seorang suami apabila tiba masa yang sesuai.

    Insya-Allah. Siapa yang nak status bujang lama-lama? Mesti nak berumah tangga juga. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

    Terdahulu, status hubungan Niezam dan Fify mula menjadi perhatian selepas aktres filem Wira itu mengakui mereka sudah tidak lagi mempunyai hubungan istimewa.

    MENARIK:  [VIDEO] Chacha Maembong Sedia Jadi Pelindung Emma, Pilih Abaikan Fitnah Bertebaran – ‘Kakak Saya Baru Nak Bangkit’

    Sebelum ini, pasangan berkenaan dikhabarkan sedang hangat bercinta dan turut didakwa sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga.

    The post ‘Saya & Fify Masih Berkawan, Doakan Yang Terbaik’ – Niezam Zaidi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah