32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penyelarasan bajet KKM banya RM500 juta, bukan RM3.1 bilion

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Kementerian Kewangan mempertimbangkan penyelarasan perbelanjaan bagi Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM500 juta sahaja berbanding RM3.1 bilion seperti dakwaan yang tular di media sosial, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

    Dia berkata jumlah itu tidak melibatkan perbelanjaan utama seperti emolumen, bekalan ubat, elaun kerja lebih masa termasuk elaun on-call atau tugas atas panggilan, dan sebagainya.

    “Peruntukan ubat-ubatan juga terus ditingkatkan kepada RM6.5 bilion bagi 2026.

    “Bagi tahun 2026, KKM terus menyasarkan pengambilan lebih 18,000 petugas kesihatan tanpa sebarang pengurangan berbanding tahun sebelumnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Dia menjawab soalan tambahan Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) mengenai bagaimana keputusan Jawatankuasa Bersama dapat menjayakan strategi RESET dan Pelan Insurans Perubatan dan Kesihatan (MHIT) berikutan pemotongan peruntukan KKM.

    Dia berkata penyelarasan perbelanjaan mengurus hanya melibatkan perbelanjaan yang tidak kritikal manakala semua perbelanjaan teras termasuk perkhidmatan asas, keselamatan, kesihatan dan pendidikan akan diteruskan seperti yang diluluskan dalam Belanjawan 2026.

    “Langkah ini bertujuan mewujudkan ruang fiskal bagi menampung sebahagian daripada peningkatan mendadak perbelanjaan subsidi akibat krisis Asia Barat,” katanya.

    Dia berkata kedudukan fiskal juga penting kerana agenda RESET berperananan untuk melihat bagaimana kerajaan dapat mengawal kenaikan kos pada masa hadapan.

    “Inisiatif teras yang kita adakan akan turut memberi peluang untuk mengawal kenaikan kos melalui ketelusan serta pendekatan baharu seperti sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) bagi memastikan kita dapat mengawal kenaikan kos,” katanya.

    MENARIK:  Sekarang BN baru sedar orang Neggiri perlu ATM, kata PN

    Mengenai insentif cukai bagi tabung amal hospital swasta, dia berkata kerajaan berbincang dengan beberapa hospital swasta yang menubuhkan tabung masing-masing, dan tabung itu digunakan untuk menampung kos rawatan golongan B40 di hospital berkenaan.

    Sementara itu, menjawab soalan asal Hasni mengenai status terkini pelaksanaan RESET dan Pelan MHIT serta pencapaian Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri sejak ditubuhkan dalam menangani inflasi perubatan, Amir Hamzah berkata sehingga kini, lima inisiatif penting dilaksanakan.

    Dia berkata inisiatif itu merangkumi penerbitan Kertas Putih MHIT asas pada Januari 2026, penerbitan Julat Kos Rawatan Perubatan Lazim di Hospital Swasta dan penerbitan laporan Bank Dunia mengenai inflasi perubatan pada April 2026.

    Selain itu, ia turut merangkumi penerbitan alat bantuan untuk pengguna membuat ketelusan bagi menilai keperluan insurans, membuat tuntutan dan merancang pelanjawan peribadi; dan pemberian insentif cukai bagi dana kebajikan hospital swasta untuk menggalakkan perkhidmatan penjagaan kesihatan amal.

    Amir Hamzah berkata kerajaan juga sedang giat menjalankan fasa rintis pelan MHIT Asas yang bermula menjelang akhir Julai 2026.

    “Fasa rintis dalam skala terkawal ini melibatkan beberapa penanggung insurans dan pengendali takaful serta hospital swasta terpilih di Lembah Klang bagi menguji penerimaan produk MHIT asas serta kesediaan sistem operasinya.

    “Pelan MHIT asas ini dijangka dilancarkan pada peringkat nasional pada Januari 2027,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah