32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pindaan akta lulus, pesalah seksual kanak-kanak di luar negara kini diburu

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, sekali gus memperluaskan bidang kuasa akta berkenaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar negara.

    RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan oleh 25 anggota parlimen kerajaan dan pembangkang semalam.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata pindaan bagi memperluaskan pemakaian luar wilayah akan memastikan pelaku yang mempunyai kaitan dengan Malaysia tidak terlepas daripada tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara.

    MENARIK:  Azalina bentang RUU Perkhidmatan Parlimen untuk bacaan pertama

    Ketika menggulung perbahasan RUU itu, dia berkata pindaan berkenaan tidak bermaksud Malaysia akan secara automatik mengambil alih semua kes berlaku di luar negara, dan negara tempat kesalahan berlaku kekal mempunyai bidang kuasa utama untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan mengikut undang-undang masing-masing.

    “Sekiranya laporan dibuat di kedua-dua negara, pihak berkuasa akan berunding dan bekerjasama melalui saluran kerjasama antarabangsa bagi menentukan tindakan yang paling sesuai berdasarkan fakta kes, keterangan, lokasi saksi dan kepentingan keadilan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah