29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Ingat Mereka Akan Edit’ – Dahlia Rizal Persoal Etika MUA, Muat Naik Video Rambut Pelanggan Berhijab

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Dahlia Rizal meluahkan rasa hairan terhadap segelintir jurusolek (MUA) yang berkongsi video tutorial bersama pelanggan berhijab di media sosial, termasuk situasi rambut mereka yang kelihatan terkeluar ketika rakaman.

    Artikel Berkaitan: Berat 60 Kg, Dahlia Rizal Lebih Selesa Pakai Pakaian XL – ‘Ada Sesetengah Bahagian Badan Takkan Kembali Macam Dulu’

    Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Tegaskan Turut Hadapi Ujian Hidup, Netizen Ramai Cemburu Tengok Kehidupan Sempurna

    MUA muat naik video tanpa persetujuan klien

    Menerusi satu hantaran di Threads, Dahlia berkongsi bahawa terdapat jurusolek yang merakam sesi solekannya, namun dia memilih untuk memakai anak tudung (Inner neck) yang ketat bagi mengelakkan rambutnya terkeluar.

    Bagaimanapun, masih terdapat sedikit rambutnya yang terkeluar ketika rakaman tersebut dilakukan.

    Bila saya tengok MUA post video tutorial makeup pada klien yang berhijab, saya selalu tertanya-tanya, adakah klien mereka benar-benar memberi persetujuan untuk video yang memaparkan rambut mereka terkeluar di kiri dan kanan semasa proses makeup dirakam dan dimuat naik?

    Sebab saya pun pernah dirakam oleh MUA.

    Saya memang pakai inner neck yang ketat supaya rambut tak terkeluar, tapi tetap ada sikit-sikit rambut yang keluar.

    Dalam pada itu, Dahlia menyangka rakaman tersebut akan disunting terlebih dahulu sebelum dimuat naik.

    MENARIK:  Sensasi Antarabangsa Rain Kembali Dengan Jelajah Ikonik ‘Still Raining’ Di Resorts World Genting Pada 8 Februari 2025

    Namun, dia mendakwa jurusolek berkenaan tetap menyiarkan video yang memaparkan keadaan rambutnya yang sedikit terkeluar tanpa mendapatkan persetujuannya terlebih dahulu.

    Saya ingat mereka akan edit untuk potong part yang nampak rambut terkeluar.

    Tetapi mereka tetap masukkan semua part yang nampak rambut saya terkeluar sedikit, tanpa bertanyakan pada saya sama ada okey atau tidak untuk post video itu.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Ingat Mereka Akan Edit’ – Dahlia Rizal Persoal Etika MUA, Muat Naik Video Rambut Pelanggan Berhijab first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah