27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Berkemban Sebab Karakter’ – Ranea Ezreen

    Shopee Sale

    Pelakon, Ranea Ezreen menganggap babak berkemban di dalam air menerusi drama Walid adalah tidak keterlaluan dan dilakukan secara profesional demi menjayakan watak yang diberi.

    Artikel Berkaitan: Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’

    Babak berkemban

    Ranea, 20, berkata, babak tersebut sebenarnya sudah dirancang dengan teliti dan masih dalam batas yang sesuai sebagai seorang pelakon.

    Babak yang saya berkemban dalam air itu memang agak sejuk. Kalau orang tanya kenapa saya berani buat babak sedemikian, bagi saya, karakter itu masih lagi dalam kemampuan saya untuk bawa.

    Macam saya sendiri, dalam kehidupan sebenar dan di media sosial pun saya tidaklah terlalu seksi. Tapi kalau pakai tube, pernahlah. Jadi untuk babak yang macam itu, bukanlah berkemban sampai tak pakai apa-apa di dalam.

    Saya pakai. Saya pakai tube dan seluar juga di dalam. Cuma untuk penonton yang tengok, mereka tak tahu kita pakai baju atau tidak di dalam.

    Ranea berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Walid yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Benarkah Syed dan Sharifah Keturunan Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Ringkas Dari Ustaz Azhar Idrus

    Menurutnya lagi, sebagai pelakon dia memahami setiap babak mempunyai kepentingan tersendiri dalam menghidupkan jalan cerita dan perkembangan watak.

    Disoal sama ada bersedia berdepan kecaman netizen, lebih-lebih lagi apabila drama tersebut ditayangkan pada bulan Ramadan, Ranea mengakui dia sudah bersedia dari segi mental.

    Insya-Allah saya cuba kuatkan mental kalau lepas ini ada kecaman tentang babak tersebut. Insya-Allah saya boleh. Tapi sebenarnya babak-babak itu penting untuk hidupkan watak. Profesional sahaja.

    Selain Ranea, drama Walid terbitan Viu Malaysia itu turut dibintangi Faizal Hussein, Vanidah Imrah, Olla Ramlan, Aqasha dan ramai lagi.

    The post ‘Saya Berkemban Sebab Karakter’ – Ranea Ezreen first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah