Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Ramli MS mengakui sukar meramalkan siapakah yang layak bergelar juara program tersebut sehingga ke malam raptai akhir yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Berhajat Berikan Sebahagian RM100,000 Kepada Rumah Kebajikan’ – Iskandar Ismail
Artikel Berkaitan: Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Kalau Arwah Ayah Ada Mesti Dia Gembira’
‘Tak jumpa kuman’

Ramli atau mesra disapa Tok Ram, 66, berkata tahap persaingan enam finalis tahun ini begitu seimbang sehingga tiada seorang pun benar-benar menonjol sebagai pilihan mutlak.
Hari Sabtu ketika raptai, saya beritahu pihak produksi, ‘boleh tak tahun ini tiada juara, bagi semua nombor enam’.
Saya cakap begitu kerana sehingga hari raptai, saya tidak nampak siapa di antara enam finalis itu benar-benar layak menjadi juara.
Kalau tahun-tahun sebelum ini, contohnya Jaclyn Victor, saya sudah nampak potensi dia untuk menang. Saya jumpa ‘kuman’ yang boleh merebak dalam diri Jaclyn.
Tetapi peserta tahun ini, sehingga hari Sabtu, saya tidak jumpa ‘kuman’ itu. Juara GV12 memang tidak boleh diramal.
Dalam pada itu, Tok Ram menegaskan barisan juri tidak pernah ‘mengelat’ dalam memberikan markah dan sentiasa menilai berdasarkan kualiti persembahan yang dipersembahkan.
Saya dan juri bukan kedekut tentang markah. Kami tahu bunyi yang ‘unpredictable’. Kalau bunyi itu ‘predictable’, maka markah juga akan jadi ‘predictable’.
Juri tidak pernah lokek markah. Jika seseorang peserta layak mendapat markah tinggi, kami akan berikan markah tinggi. Begitu juga sebaliknya.
Untuk rekod, gelaran juara GV12 menjadi milik Iskandar Ismail yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi kemenangan.
The post ‘Saya Beritahu Produksi Boleh Tak Tahun Ini Tiada Juara, Bagi Semua Nombor Enam’ – Ramli MS first appeared on OHBULAN!.





