29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Mira Filzah Perjelas Dakwaan Netizen Anak Kurus Kerana Kurang Makan – ‘Dia Ikut Sebelah Bapa’ 

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal Mira Filzah menafikan dakwaan bahawa anaknya, Wan Khair Amir mempunyai badan yang kurus kerana kurang pengambilan makanan.

    Artikel Berkaitan: Mira Filzah & Suami Tak Tolak Rezeki Untuk Miliki Anak Kedua – ‘Kami Go With The Flow’

    MENARIK:  Puteri Aishah & Suami Diberkati Dengan Kedatangan Anak Pertama

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Sanggup Berhabis Demi Makanan – ‘Untuk Servis Penghantaran Makanan Saya Bayar RM8,000’

    Kurus & tinggi 

    " data-video-id="7540357822710680850" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @zahnirgku4s

    #mirafilzah #fyp #foryou #foryoupage #fyp

    ♬ original sound – zahnirgku4s – zahnirgku4s

    Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, menjelaskan tentang berat badan anaknya itu.

    Menurut Mira, Amir mewarisi fizikal persis genetik keluarga suaminya yang berbadan tinggi dan kurus.

    ‘Anak nampak macam kurus macam kurang makan’. Hey, awak semua ni, dekat komen tu ada saja yang nak kata, gemuk tak boleh kurus tak boleh.

    Amir ni kurus dan tinggi ikut bapa dia dan bapa-bapa saudaranya. Mereka semua tinggi 6 kaki ke atas. 

    Masa kecil dah memang tinggi budak ini, padahal baru tiga tahun lebih usianya. 

    Ada saja yang tak kena. Makan banyak pun nanti dia berak banyak juga.

    Tambah Mira lagi, adalah normal bagi seorang kanak-kanak lelaki untuk memiliki fizikal seperti itu kerana mereka sedang aktif untuk bermain. 

    Lagi pun dia budak lelaki, setiap malam lepas mandi pukul 10 pun dia berpeluh lagi sebab bermain. Biasalah tu.

    Komen netizen 

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyokong kenyataan pelakon drama Mandul Bukan Pilihan itu malah mereka turut berkongsi pengalaman sama.

    Sekadar info, Mira dan suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Mira Filzah Perjelas Dakwaan Netizen Anak Kurus Kerana Kurang Makan – ‘Dia Ikut Sebelah Bapa’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah