25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sasha Abdul Aziz Berpantang 5 Hari, Syukur Prosedur Cuci Rahim Berjalan Lancar – ‘Saya Jenis Jaga Dalaman’

    Shopee Sale



    Sasha Abdul Aziz

    Pempengaruh dan usahawan Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa syukur apabila selesai melakukan prosedur cuci rahim atau ‘dilation and curettage’ (D&C) selepas mengalami keguguran, baru-baru ini.

    Selesai cuci rahim

    Sasha Abdul Aziz

    Menerusi hantaran di Instagram, Sasha berkata, prosedur tersebut berjalan dengan lancar dan dia akan menjalani tempoh berpantang selama lima hari.

    Alhamdulillah selesai D&C. Saya akan berpantang selama lima hari untuk jaga dalaman (pakej berpantang keguguran bermula 8 Jun). Prosedur itu sangat tenang dan cepat, masya-Allah.

    Mula-mula nervous gila, tapi bila nampak doktor Suhaiza terus hilang nervous sebab dia cantik sangat.

    Dalam hantaran sama, Sasha turut berkongsi foto dia sedang duduk di atas katil wad sebuah hospital.

    Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Sasha berkongsi rutin yang dilakukan sepanjang tempoh berpantang.

    MENARIK:  Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia, Hidap Kanser Usus Tahap Empat

    Antaranya mengurut, bertungku, memakai korset, mandi bunga dan beberapa lain lagi.

    Terdahulu, hasrat usahawan itu untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila disahkan mengalami silent miscarriage atau keguguran terlepas.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah