28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia, Hidap Kanser Usus Tahap Empat

    Shopee Sale



    Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

    Wartawan hiburan, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin, 59, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.10 petang Sabtu.

    Salam takziah

    Huzz

    Berita pemergian Allayarham disahkan sendiri oleh adiknya Nur-ul Afida Kamaludin, 57, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama.

    Terdahulu, keadaan arwah yang menderita kanser usus tahap empat dilaporkan kritikal dan semakin merosot.

    Arwah sebelum ini terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

    Penderitaannya itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

    MENARIK:  Syed Saddiq Pilihan Keempat Bella Astillah, Letak Kepercayaan Sampai Tak Tanya Jenama Apa

    Arwah juga merupakan penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah