Sarung bantal yang kotor sering dipandang remeh walhal ia merupakan antara penyumbang utama masalah jerawat pada wajah.
Artikel Berkaitan: Tuala Cepat Berbau Hapak? Ini Cara Penjagaan Yang Betul
Artikel Berkaitan: Kasut Cepat Rosak & Berbau? Ini Tip Penyimpanan Yang Betul Untuk Tahan Lebih Lama
Bakteria membiak

Sepanjang malam, kulit wajah kita bersentuhan rapat dengan sarung bantal. Tanpa disedari, tempoh berjam-jam ini menyebabkan berlaku pengumpulan minyak berlebihan, peluh, sel kulit mati, serta sisa produk penjagaan wajah yang akhirnya melekat pada fabrik tersebut.
Apabila sarung bantal jarang ditukar atau dibersihkan, bakteria mudah membiak lalu berpindah semula ke kulit, sekali gus menjadikan pori tersumbat dan mencetuskan pembentukan jerawat.
Dalam masa yang sama, bantal yang tidak dijaga kebersihannya juga boleh menjadi tempat pembiakan kulat, bermula dengan kemunculan tompokan kekuningan yang akhirnya berubah menjadi bintik hitam serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Keadaan ini boleh diatasi dengan merendam bantal dalam air panas yang dicampur borax selama kira-kira 30 minit sebelum dicuci.
Kesan melekit seperti coklat atau gula-gula getah pula boleh dihilangkan dengan meletakkan kiub ais pada bahagian kotor sehingga ia mengeras, kemudian dikikis perlahan dan dibersihkan menggunakan larutan sabun.
Bagi bantal berisi kekabu yang tidak sesuai dicuci dengan air, isinya boleh dikeluarkan dan dijemur di bawah cahaya matahari supaya kulat dan kuman mati sepenuhnya, manakala fabrik luarnya dicuci menggunakan detergen.
Untuk menghilangkan kesan kuning pula, campuran tiga liter air, suku cawan jus lemon dan satu cawan peluntur boleh digunakan mengikut langkah cucian yang betul, bagi memastikan bantal kembali bersih, segar dan bebas bau hapak.
Sumber: Remaja
The post Sarung Bantal Kotor Boleh Jadi Punca Pori Muka Tersumbat & Berjerawat first appeared on OHBULAN!.





