34 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarah Suhairi Tak Sangka Kahwin Pada Usia Muda, Sifat Suami Yang Tenang & Matang Berjaya Tambat Hati

    Shopee Sale



    Penyanyi Sarah Suhairi memberitahu, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun.

    Kahwin muda

    Menurut Sarah, dia beranggapan di usia tersebut masih terlalu awal untuk bergelar isteri, namun percaya perkahwinan yang dibina bersama suami, Aswad Anuar, 39, adalah takdir yang sudah ditetapkan Ilahi.

    Saya tidak pernah sangka akan kahwin di usia sekarang, kerana saya fikir mungkin akan kahwin pada usia 28 atau ke atas.

    Namun siapa saya untuk menolak takdir yang Allah sudah susun cantik bersama suami. Sudah jodoh kami berdua, maka berlangsunglah perkahwinan pada tahun ini.

    Sementara itu, pelantun lagu Nyawa & Raga ini berkata, sifat tenang dan matang yang ada pada suami membuatkannya jatuh hati.

    Aswad adalah seorang lelaki yang matang dan suami tahu perkara itu. Saya juga suka lelaki yang tenang yang boleh menenangkan saya kerana saya seorang yang sangat periang dan aktif.

    Saya harap dia boleh membimbing saya dengan baik, sama-sama memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan jadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, insya-Allah.

    Imbas kembali, Sarah dan Aswad selamat melangsungkan pernikahan pada 26 Julai lalu di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

    MENARIK:  [VIDEO] Peminat Fanatik Cemburu Baby Shima Papar Aksi Mesra Dengan Model – ‘Takkan Nak Suruh Youtube Hapuskan Lagu Saya?’

    Sekadar info, Aswad merupakan bapa tunggal kepada tiga cahaya mata. Dia bercerai pada tahun 2019 dengan bekas isteri sebelum mula berkenalan dengan Sarah setahun kemudian.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah