Ratu cantik Malaysia, Taanusiya Chetty, mendedahkan minatnya terhadap dunia ratu cantik sebenarnya sudah bermula sejak kecil.
Artikel Berkaitan: Finalis Miss Universe Malaysia Dikecam, Taanusiya Chetty Pesan – ‘Jangan Anggap Kritikan Sebagai Keburukan’
Artikel Berkaitan: ‘Guru Juga Mampu Bermimpi Besar, Bawa Nama Negara Ke Pentas Dunia’ – Taanusiya Chetty
Aishwarya Rai jadi idola Taanusiya Chetty

Ketika ditemui , Taanusiya berkata dia gemar mengumpul patung Barbie dan hobi itu secara tidak langsung membuatkan dia semakin meminati dunia ratu cantik.
Dulu saya suka kumpul patung Barbie. Saya ada banyak sangat patung Barbie di rumah.
Setiap kali hari jadi, datuk atau ibu saya mesti belikan patung Barbie untuk saya. Saya suka pakaikan baju, sikat rambut dan gayakan patung-patung itu.
Antara patung Barbie yang paling saya suka ialah Aishwarya Rai.
Ujar Taanusiya lagi, ketika berusia 13 tahun, dia masih belum mengetahui banyak perkara mengenai pertandingan Miss World.
Bagaimanapun, selepas ibunya menerangkan tentang pertandingan tersebut, dia mula menyimpan impian untuk berada di pentas berprestij itu.
Bila Aishwarya Rai menang Miss World, masa tu saya tak tahu pun apa itu Miss World. Masa tu saya baru berumur 13 tahun. Jadi, ibu saya terangkan lebih lanjut kepada saya tentang Miss World.
Saya pun beritahu ibu yang saya sangat nak berada di atas pentas. Tapi ibu saya kata, bukan mudah.
Ditanya mengenai idolanya dalam dunia ratu cantik, Taanusiya berkata pelakon Bollywood, Aishwarya Rai merupakan figura yang paling dikaguminya. Malah, aktres itu menjadi sumber inspirasinya untuk terus berusaha mencapai impian.
Sudah tentu Aishwarya Rai. Ramai mengenali Aishwarya Rai bukan sahaja kerana dia pernah memenangi Miss World, tetapi dia juga antara wanita paling cantik di dunia.
Ketika Aishwarya Rai menang Miss World, dia masih sangat muda. Kalau saya tak silap, ketika itu dia baru berusia 18 tahun.
Jadi, saya tertarik dan ingin tahu tentang perjalanan dia.
Ujar Taanusiya lagi, meskipun mengetahui perjalanan untuk bergelar ratu cantik bukan mudah, namun dia tidak pernah patah semangat untuk mengejar impian tersebut.
Sekadar info, Taanusiya mencipta pencapaian membanggakan apabila menamatkan saingan Miss World 2026 di tempat ketiga selepas berjaya mara sehingga kelompok Top 6 pertandingan berprestij itu.
The post Taanusiya Chetty Simpan Impian Bergelar Ratu Cantik Sejak Kecil, Jadikan Aishwarya Rai Idola first appeared on OHBULAN!.





